28 Jun 2016

PROGRAM IHYA ULUMUDDIN RAKAN MUDA DI MAAHAD

Program Ihya Ulumuddin Rakan Muda yang telah diadakan di Maahad... Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang... Majlis Khatam Al Quran...Pengisian tazkirah asar oleh Ustaz Halim Din.












PROGRAM IKTIKAF DI MASJID

Program Iktikaf di Masjid Puncak Alam. Marilah berdoa semoga kita sama-sama mendapat malam alqadar. Dan dapat mengisinya dengan amal ibadah...Insyaallah...










24 Jun 2016

MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Ibubapa/penjaga yang dirahmati Allah. Semoga berada di dalam naungan keredhoan Allah dan semoga puasa kita pada tahun ini adalah puasa yang membuahkan ketaqwaan dan kesyukuran.

Sedikit makluman cuti Hari Raya Aidilfitri.
1. Maahad akan mula bercuti pada 2/7/16 ( Sabtu ) sehingga 16/7/16 ( Sabtu ).

2. Pihak Maahad menjemput ibubapa/penjaga untuk berada di dalam Majlis Penangguhan Pengajian di mana di dalam program ini report kad akan diserahkan kepada ibubapa/penjaga dan seterusnya bolehlah berjumpa dengan guru pelajar untuk perbincangan prestasi pelajar.

3. Program bermula seawal jam 9 pagi. Tentatif program adalah seperti berikut:

9.00 pagi - Ucapan aluan pengerusi majlis.

9.05 pagi - Kosidah

9.20 pagi - Ucapan Yang Berbahagia Mudir MTAHWE

10.00 pagi - Doa penutup dan bersalaman

10.05 pagi - Perbincangan dengan guru dan bersurai

Mohon ibubapa/penjaga dapat menghadirkan diri demi kebaikan bersama. Selamat berpuasa dan sekian terima kasih.

MAJLIS IFTAR DI NAZA, PETALING JAYA









MAJLIS IFTAR BERSAMA DR AZIZAN OSMAN

Majlis Iftar bersama Dr Azizan Osman di Kelab Golf Shah Alam pada 18/6/16 Sabtu... Tazkirah dari Habib Ali Zainal Abidin... Kosidah... dan Pameran Iktifak Rasulullah dan para sahabat... Majlis yang sangat barakah..Insyaallah..











13 Jun 2016

MAJLIS IFTAR DI MAAHAD 2016


Assalamualaikum w.b.t...
Sedikit pengumuman kepada ibubapa/penjaga yang dirahmati Allah...
Insyaallah , pada hari Ahad ini ( 19/6/16 ), Pihak Maahad akan mengadakan Majlis Iftar bersama ibubapa/penjaga yang bertempat di Maahad Tahfiz AlHidayah Wal Ehsan ..Tujuan penganjuran ini adalah untuk:
1. Merapatkan silaturrahmi antara guru, pelajar dan ibubapa/penjaga dengan berbuka puasa bersama.
2. Untuk Doa Kesyukuran kerana Imam Jemputan kita dari Mesir akan tamat tugasnya dan akan berangkat pulang ke Mesir pada 20/6/16.
3. Untuk Doa Selamat kerana Insyaallah jika diizinkan Allah dan jika tiada aral, Mudir - Ustaz Ishak akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Umrah pada 20/6/16.
Tentatif program pada hari tersebut adalah seperti berikut:
6.30 petang - Bacaan Yasin , Tahlil dan Doa.
7.27 petang - Berbuka puasa, Solat Maghrib.
8.00 malam - Makan malam.
8.43 malam - Solat Isyak, Solat Terawih 8 Rakaat .
9.45 malam - Penyampaian Saguhati kepada Sheikh Jemputan.
10.00 malam - Moreh .
11.00 malam - Bersurai.
Sekian , Terima kasih.














PROGRAM BERBUKA & TERAWIH

Assalamualaikum w.b.t...
Program berbuka dan terawih bersama tiga tetamu... Sheikh Hassan, Sheikh Redho dan En Azhar dari tabung haji... Terima kasih kepada ibubapa/penjaga yang datang meraikan walaupun hidangan tidak sempat disediakan.