14 Feb 2016

MANUAL TAKWIM TAHUNAN MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH WAL EHSAN 1437H/1438H - 2016

MANUAL TAKWIM 1437H/1438H - 2016


Sebarang pindaan tertakluk pada perubahan semasa. Kami akan memaklumkan kepada ibubapa/penjaga jika terdapat sebarang perubahan. 





8 Feb 2016

JAWAPAN KEPADA PROGRAM FOKUS 40 HARI

Assalamualaikum w.b.t...
Jawapan kepada pertanyaan ibubapa/penjaga kenapa Pihak Maahad mengumpulkan pelajar tanpa boleh berjumpa ibubapa/penjaga selama 40 hari...
Semoga matlamat kami mencapai objektif walau ada ibubapa/penjaga yang datang dengan berbagai keuzuran...
'MENGHILANGKAN SIFAT MUNAFIQ DI DALAM MENDAPAT TAKBIRATUL IHRAM BERSAMA IMAM'
Kelebihan Solat Berjemaah Selama 40 Hari Berturut-turut :
عن أنس بن مالك ـ رضي الله عنه ـ قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ صَلَّى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنْ النِّفَاقِ
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, ia mengatakan, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari secara berjama’ah dengan mendapatkan Takbir pertama (takbiratul ihramnya imam), maka ditulis untuknya dua kebebasan, yaitu kebebasan dari api neraka dan kebebasan dari sifat kemunafikan.” (HR. Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh Al Albani di kitab Shahih Al Jami’ II/1089, Al-Silsilah al-Shahihah: IV/629 dan VI/314)...

Para Ulama mengatakan maksudnya:
"Ianya dilindungi di dunia ini dari melakukan perbuatan orang munafiq dan diberi taufiq untuk melakukan amalan orang-orang yang ikhlas. Sedangkan di akhirat, ia dilindungi dari azab yang ditimpakan kepada orang munafiq dan diberi kesaksian bahawa ia bukan dari golongan munafiq. Kerana jika kaum munafiq bangun untuk solat, maka mereka akan bangun dan pergi solat dengan penuh malas. Dan keadaannya yang semangat ini berbeza dengan keadaan mereka".

Di dalam hadith ada beberapa syarat kata ulama yang harus dipenuhi agar mendapatkan keutamaan dan janji di atas:
- Melaksanakan solatnya dengan iklhlas untuk Allah.
- Solat tersebut dilaksanakan dengan berjemaah.
-Menjaga jamaah selama 40 hari (sehari semalam).
-Mendapatkan takbiratul ihramnya imam secara berturut-turut(istiqamah tanpa terputus).

Para Salafussoleh dahulu amat mengambil berat tentang perkara ini. Mereka benar-benar menjaga solat berjemaah dan mendapatkan takbiratul ihramnya bersama imam.

Sa'id bin Musayyib pernah berkata,"Aku tidak pernah tertinggal takbir pertama dalam setiap solat(fardhu berjamaah) selama 50 tahun. Aku juga tidak pernah melihat belakangnya para jemaah ,karena aku berada di barisan terdepan selama 50 tahun."(Hilyah Auliya: 2/163).

Dalam keterangan yang lain beliau pernah menyatakan,"sejak 30 tahun,tidaklah seorang muazzin mengumandangkan azan kecuali aku sudah berada di masjid".

"Selama 40 tahun tidak pernah ku tertinggal takbiratul ihram bersama imam, kecuali ketika ibuku meninggal." - Salafussoleh.

Seseorang yang semangat untuk mendapatkan takbiratul ihram bersama imam di setiap solat menunjukkan kuatnya agama atau keimanan orang tersebut.

Maka dengan itu, hendaknya seorang muslim sentiasa mendidik dirinya dan mengajak keluarga dan rakannya untuk menjaga syiar islam yang agung ini, mengambil berat dan menjaga solat berjemaah serta berusaha mendapatkan Takbiratul ihram bersama imam.

Kita juga harus faham akan solat yang kita kerjakan, dari mula bertakbiratul ihram, bila mana kita bertakbir maka kita harus mempunyai hati yang benar-benar membesarkan Allah, merasakan kepentingannya mendahulukan semua perintah Allah SWT terutama yang wajib dan asas. 

Takbir menuntut hati yang benar-benar mengagungkan Allah sebagai tanda solat yang benar.

Hasil dari hati yang benar-benar mengagungkan Allah, terbukti dan terlihat kepada Nabi kita dan para Sahabatnya, mereka sanggup berhijrah meninggalkan kampung, hartanya, pekerjaannya demi menegakkan Agama Allah, jadi memang sebenarnya hanya Allah sahajalah yang layak diagungkan tanpa keraguan. 

Kebanyakan manusia pada akhir zaman ini solat tetapi dinilai seolah-olah tidak solat kerana mereka tidak benar-benar mengagungkan Allah sewaktu solat. 

Solat adalah sebagai peringatan kepada diri kita, agar kita membesar dan mengagungkan Allah, dan ianya menuntut agar Hati kita benar-benar mengagungkan Allah di dalam keadaan rendah diri dengan merasakan diri kita ini seorang hamba yang hina lagi penuh dosa.

Maka dengan jalan begitulah kita akan peroleh hasil yang sebenar setelah selesai solat. Solat akan membuatnya tidak lagi ingin taat kepada hawa nafsu, cinta dan agungkan dunia, bersangka buruk, serta menghinakan manusia, sombong, ujub dan riyak kepada manusia yang lain, tidak ingin lagi melakukan kemaksiatan kerana benar-benar takut kepada Allah Yang Maha Agung. 

Dan ingat, sewaktu di solat hendaknya seseorang sentasa kosongkan hati dari memikir tentang pekerjaan dan niat-niat yang lain selain Allah sebagai bukti membesarkan Allah.

Semoga bermanfaat.
(Alfaqeer Nael BenTaher)

2 Feb 2016

MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN PROGRAM FOKUS 40 HARI


Assalamualaikum w.b.t...
Makluman untuk ibubapa/penjaga
Pada tarikh 13/2/16 bersamaan hari sabtu, pihak Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan akan mengadakan hari kesyukuran dan ramah mesra sempena genap tempoh 40 hari tanpa ziarah pelajar-pelajar di Maahad...
Aturcara majlis adalah seperti berikut:
8.20 pg - Kehadiran ibubapa/penjaga
8.30 pg - Bacaan yassin dan tahlil akbar
9.00 pg - Kata-kata aluan dari pengerusi majlis
9.10 pg - Bacaan Al-Quran secara hafaz
9.15 pg - Persembahan Qasidah
9.40 pg - Taklimat takaful
10.00 pg - Tazkirah dan Taklimat Mudir
11.00 pg - Motivasi ibubapa dan pelajar oleh dai Fuad
12.00 tgh hari - Persembahan nasyid dan doa
12.20 tgh hari - Ramah mesra penjaga dan guru kelas
12.45 tgh hari - Jamuan tengah hari dan bersurai
**Perhatian
1. Mohon ibubapa/penjaga menghantar respon kehadiran dan jumlah yang hadir untuk memudahkan urusan jamuan
2. Mohon datang sebelum majlis bermula untuk melancarkan majlis
3. Bagi ibubapa/penjaga yang ingin menyumbang untuk jamuan mohon whattsapp ustaz ishak secara personel
4. Diingatkan bahawa sisi jalan masuk hingga ke belakang adalah kawasan larangan parking kerana ianya adalah laluan utama..sila maklum ya..
5. Semoga ibubapa/penjaga tidak menguzurkan diri dan dapat melapangkan masa untuk kebaikan bersama. Kehadiran ibubapa/penjaga adalah sangat diharapkan supaya maklumat dapat disalurkan kepada semua...
6. Selepas majlis selesai, pelajar-pelajar dibenarkan pulang ke rumah dan bercuti sehari. Pelajar-pelajar dikehendaki pulang semula ke Maahad pada 14/2/16 sebelum jam 6 ptg.
Sekian, terima kasih...