15 Dec 2016

MAJLIS TAKLIMAT AKHIR TAHUN 2016

Assalamualaikumwarahmatullah 
Para Ibubapa/Penjaga yang dimuliakan Allah.. Kami doakan semoga sentiasa didalam lembayung rahmat dan maghfirahnya..

Disini ada beberapa perkara yg ingin kami maklumkan kepada ibubapa/penjaga.

1. MAJLIS TAKLIMAT AKHIR TAHUN DAN PERBINCANGAN PRESTASI PELAJAR antara IBUBAPA/PENJAGA DAN GURU KELAS serta PENYERAHAN KAD KEMAJUAN UNTUK TAHUN 2016

Kehadiran - Semua IBUBAPA/PENJAGA
Hari - Ahad
Tarikh - 18 Dis 2016
Masa - 8 pagi

Tentatif program

8.00 - Kehadiran tetamu.
8.10 - Bacaan yasin dan tahlil.
8..40 - Motivasi sempena Maulid untuk ibubapa/penjaga, guru dan pelajar.
9.40 - Persembahan Qasidah.
10.00 - Taklimat oleh Mudir.
10.45 - Penyampaian hadiah kepada juara kelas dan juara sukan.
11.15 - Persembahan nasyid oleh Juara Nasyid 2016 MTAHWE.
11.30 - Doa penutup dan diikuti oleh perbincangan penjaga dan guru kelas.
12.00 - Makan tengah hari dan bersurai.

2. Pihak Maahad akan melakukan penambahbaikan pada asrama pelajar.. Oleh itu kami memohon semua penjaga dapat membawa pulang semua barangan pelajar supaya tidak kotor, hilang atau rosak.. Sekiranya masih ada yg tinggal kami tidak dapat menjamin keselamatan barangan tersebut kerana kerja pembaikan ini melibatkan peralihan katil dan almari.

3. Ibubapa/penjaga di minta untuk mengemaskini borang pendaftaran dan membayar wang tahunan RM150 bagi menyatakan bahawa pelajar masih lg bercinta belajar disini.. Sewaktu pendaftaran masuk tahun hadapan kos pembayaran akan ditolak dengan wang tahunan.. Sekiranya pelajar tidak jadi masuk maka wang ini tidak akan dipulangkan.. Kami mohon maaf terpaksa berbuat demikian kerana kami tidak mahu peristiwa tahun lepas terjadi lagi dimana kami menolak permohonan pelajar baru kerana penuh. Tapi akhirnya pelajar lama berpindah tanpa memaklumkan kepada kami.. Sehingga menyulitkan pengurusan pihak maahad. Oleh itu untuk tahun ini bagi ibubapa/penjaga yg tidak membuat pembayaran wang tahunan dan mengisi borang kemaskini yang baru, pihak Maahad beranggapan pelajar tidak berminat untuk belajar disini lagi dan kami akan isi dengan pelajar baru.. Setakat ini seramai 70 orang telah ditemuduga untuk kemasukan tahun depan dan kami dah terima 40 orang.. Lagi 30 orang bergantung kepada pelajar lama...berapa ramai yang tidak mengisi borang baru.. Seramai itulah kami akan ambil pelajar baru..

Setakat ini saja maklumat yang dapat dikongsi.. Insyaallah kami akan maklumkan lagi jika ada lain-lain maklumat.. Sekian terima kasih.

26 Nov 2016

PEMBELIAN TANAH WAKAF DAN PEMBINAAN BANGUNAN BARU

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..
Dato-Dato, Tuan Puan dan Dermawan yg dirahmati allah.
Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan (MTAHWE) masih kekurangan dana bagi membayar harga tanah yg akan di beli disebelah sisi kanan maahad..
Kami mohon kerjasama semua tuan puan, untuk membantu Maahad bersama sama menjalankan Waqaf tunai bagi tujuan tersebut.
Setiap bahagian kaki tanah tersebut berharga RM 50.00..
Kad Waqaf telah ada dimaahad.. Mohon jasa baik tuan puan yg berhajat menyumbang boleh lah memasukkan ke akaun berikut:
MAAHAD TAHFIZ ALHIDAYAH WAL EHSAN
Bank Islam Malaysia Berhad
Nama akaun: Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan
No. akaun : 12168010008227
Maybank Malaysia Berhad
Nama Akaun: Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan
No. Akaun: 562106623381
BIMB
Nama Akaun: Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan
No Akaun: 12168010008227
Bagi yg ingin kan keratan resit mohon sertakan alamat dan no Tel kpd Mudir MTAHWE - Ustaz Ishak.
Maahad diberi tempoh sehingga bulan Disember 2016 untuk menjelaskan harga tanah tersebut.. Sekiranya gagal maka duit deposit RM12500 akan hilang.. Mohon kerjasama Tuan Puan yg Dermawan agar kami dapat menyediakan pusat pendidikan yang baik untuk keselesaan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz ini.. Sekian terima kasih.
Mudir MTAHWE,
USTAZ ISHAK.
013-6201542.





PENGAMBILAN BARU SESSI 2017

Pengambilan pelajar baru sesi 2017 dibuka sekarang.. Siapa yg berminat utk menghafal alquran dan belajar fardhu ain boleh lah datang untuk temuduga..
Temuduga dibuka sepanjang bulan November 2016. Sehingga tempat penuh.. Masa temuduga waktu pejabat..
Pengambilan adalah terhad..


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016

Assalamualaikum w.b.t...
Sekadar Makluman.. Hari ini pelajar-pelajar mula menjalani peperiksaan akhir tahun. Mohon ibubapa/penjaga doakan agar anak dapat menjawab dengan baik. Kalau ada kesalahan anak-anak, mohon ibubapa/penjaga ampunkan dan jangan disimpan di dalam hati agar mereka tenang dan dapat petunjuk untuk menjawab peperiksaan dengan jayanya. Sekian terima kasih.







PROGRAM IJAZAH KITAB SELAWAT

Majlis Ijazah Kitab Selawat Barkatu Almakiyah oleh Habib Abd Razak Al Makdum.




KEM SMART REMAJA ANJURAN JAIS 2016

Gambar sekitar Program Kem Smart remaja anjuran JAIS yang dijalankan di Morib pada 28 Okt 2016 - 30 Okt 2016. Hanya 15 pelajar dari MTAHWE sahaja yang terlibat.











9 Oct 2016

PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR-PELAJAR KE YAMAN 2016

Gambar sekitar program penghantaran pelajar-pelajar ke Yaman di KLIA.. Sama-sama kita mendoakan semoga pemergian pelajar-pelajar kita ini dirahmati Allah, dapat belajar dengan tenang dan tekun, mampu menghadapi kejutan budaya di sana dan pulang nanti dengan membawa ilmu yang barokah dan menjadi ulama yang a'milik.. Insyaallah..








18 Sept 2016

MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA AIDILADHA & PELAJAR KE YAMAN

Assalamualaikumwarahmatullah...

Ibubapa/penjaga pelajar yang dimuliakan Allah. Semoga kita sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah.

Pihak Maahad ingin menjemput ibubapa/penjaga ke Majlis Doa Selamat sempena sambutan Aidiladha dan juga sempena pemergian 4 orang pelajar MTAHWE yang akan ke Yaman Oktober ini.
Tarikh: 24 September 2016
Hari: Sabtu
Masa: 10 pagi - waktu Zohor
Tempat: MTAHWE

Tentatif Program:

10 pagi - Kedatangan tetamu
10.30 pagi - Bacaan Yasin dan Tahlil
11 pagi - Ucapan dari Mudir
11.30 pagi - Jamuan dan bersurai

Semua ibubapa/penjaga dijemput hadir. Semoga semua ibubapa/penjaga dapat menghadirkan diri dan juga semoga Allah melapangkan dan memudahkan urusan kita. Insyaallah.

Sekian terima kasih kerana memberikan kerjasama.

PROGRAM CUKUR JAMBUL









PROGRAM KHATAM ALQURAN & PENANGGUHAN PENGAJIAN SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILADHA

Alhamdulillah, pada 10 Sept 2016 bersamaan 8 Zulhijjah 1437H, 7 orang lagi pelajar MTAHWE telah diraikan dalam Program Khatam Hafazan 30 Juzuk Al Quran dan 4 darinya akan berlepas ke Yaman pada bulan Oktober ini untuk menyambung pengajian di sana. Dan dalam masa yang sama juga telah dijalankan program penangguhan belajar sempena Cuti Hari Raya AidilAdha.
'Ya Allah hiasilah diri kami dengan hiasan ajaran Al Quran,
muliakan kami dengan berkat kemuliaan Al Quran,
serikan kami dengan ketinggian martabat Al Quran,
pakaikan kami dengan pakaian permata Al Quran,
selamatkan kami daripada segala bencana di dunia dan azab di akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran.
Dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu Ya Allah Ya Latif Ya Kareem'..










29 Aug 2016

KEM TAMRIN QIADI 2016

Gambar sekitar Rehlah Pelajar Kem Tamrin Qiadi 2016 - Kem Jati Diri Remaja Madani 2016 Anjuran Bersama Penggerak Belia Tempatan ( PeBT) MBSA Kelab CM Belia Ehsan pada 28 - 30 Ogos 2016 bertempat di Kem Gunung Nuang Hulu Langat. Semoga aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan dalam rahmat Allah.. Insyaallah...