28 Apr 2015

MAJLIS KERAIAN PERKAHWINAN USTAZ HAKIM DAN OUTING PELAJAR

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum w.b.t
Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan akan mengadakan majlis meraikan perkahwinan Ustaz Hakim pada 2/5/15 hari sabtu bermula dari jam 12.00 tgh hari hingga jam 5.50 ptg.. Ibubapa dijemput datang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut..
Mohon kepada ibubapa untuk respon kehadiran dan jumlah yang hadir bagi memudahkan urusan jamuan ..
Dan pada hari tersebut juga.. bagi menzahirkan kegembiraan atas perkahwinan Ustaz Hakim.. Pelajar-pelajar dibenarkan pulang ke rumah selepas jamuan dan kembali semula ke asrama pada petang Ahad (sebelum jam 6.30 ptg) .. kerana pada hari Ahad(3/5/15) juga adalah merupakan hari Outing.. Pelajar yang dibenarkan balik adalah pelajar yang tidak bertugas dalam majlis tersebut.. Bagi pelajar yang bertugas pihak maahad akan mengaturkan masa cuti mereka di masa dan hari yang lain..
Bagi ibubapa yang ingin memberikan sumbangan untuk majlis ini boleh lah menghubungi Ustaz Ishak selewat-lewatnya sebelum hari Khamis ..atau boleh juga bank-inkan sumbangan terus ke akaun Maahad dan seterusnya whattsapp/sms/call Ustaz Ishak sebagai maklumat..Bagi yang ingin menyumbangkan kuih muih atau buah-buahan ..sila hantar sebelum/pada pagi sabtu sebelum 9.30 pg untuk memudahkan urusan jamuan..
Mohon hebahkan kepada semua ibubapa dan juga kenalan ..para penderma dan rakan taulan..Semua di jemput hadir..Segala bantuan dan sumbangan yang diberikan pihak Maahad mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga.. Semoga Allah menyediakan yang terbaik untuk kita semua di sana.. Insya Allah...
إِن شأ اللهُ

3 Apr 2015

SABUN BASUH JENAMA SINAR/SINAR HIDAYAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Makluman untuk penjaga..
Bagi mengisi Tabung Pembangunan Dan Pengurusan Maahad.. Kami telah bersetuju untuk menjual sabun basuh pakaian dan sabun basuh pinggan mangkuk berjenama SINAR .. Sabun ini edaran koperasi Usahawan Muslim Aman Perdana. Pengedar juga bersetuju untuk menukar nama kepada SINAR HIDAYAH sebagai sabun keluaran Maahad dan di edar oleh Maahad..
Sabun itu boleh didapati di Maahad SEKARANG .. Untuk permulaan kami akan menjual sabun jenama SINAR dulu sebelum label jenama SINAR HIDAYAH siap..
Kepada yang berminat bolehlah mendapatkannya di Maahad ..
Membelilah sambil menderma..
Menggunakannya di dunia sambil menghantar pahala untuk kegunaan di akhirat..
Harga untuk setiap satu produk:

1. 2 Liter - RM15
2. 5 Liter - RM25
3. 10 Liter - RM35
4. Sabun basuh pinggan/mangkuk - RM5

Terima kasih kepada semua yang menyokong usaha ini..
Insya Allah..




MAKLUMAN SEMPENA OUTING PADA 5/4/15 - AHAD


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Tuan/Puan yang dirahmati Allah..
1. 5/4/15 - Ahad - Pelajar dibenarkan outing .. Ibubapa dibenarkan membawa keluar pelajar untuk outing dari jam 8.30 pg(am) - 6.30 ptg(pm) .. Dipohon kepada ibubapa supaya mengambil pelajar hanya selepas jam 8.30 pg kerana pada hari tersebut pelajar ada program Kuliah Subuh & Gotong Royong..Ibubapa/penjaga dibenarkan datang awal sekiranya ingin bersama-sama dalam mengikuti kuliah subuh/gotong royong tersebut.. Dan perkara ini sangat dialu-alukan..
2. Ibubapa/penjaga juga boleh menjelaskan yuran pada hari tersebut..
3. Ibubapa dikehendaki menandatangani buku keluar/masuk ketika mengambil/menghantar pelajar ..
4. Pelajar tidak dibenarkan outing kecuali hanya dengan ibubapa/penjaga yang sah sahaja.. Ini untuk mengelakkan dari berlaku perkara yang tidak diingini..
5. Bagi ibubapa/penjaga yang memerlukan air kangen boleh lah menghubungi mudir lebih awal untuk memudahkan urusan..
Sekian dimaklumkan.. Terima kasih..