29 May 2015

MAKLUMAN SUMBANGAN UNTUK BERBUKA PUASA & BERSAHUR..

Assalamualaikum w.b.t..
Perhatian kepada ibubapa/penjaga pelajar-pelajar Maahad yang dirahmati Allah .. Bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan untuk pelajar-pelajar berbuka puasa dan sahur seperti tahun-tahun yang lepas.. RM500 untuk berbuka dan RM400 untuk bersahur.. Setakat ini 10 malam yang terakhir telah pun di tempah dan juga pada tarikh 29/6 .. Bagi sesiapa yang berminat untuk memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Mudir secepat mungkin..
Sekian terima kasih...



25 May 2015

KEM TAMRIN QIADI DAN HARI UKHWAH KAKITANGAN MAAHAD MEI 2015

Gambar sekitar Rehlah Pelajar Kem Tamrin Qiadi & Hari Ukhwah Kakitangan Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan di Pangkor Village Beach Resort , Pulau Pangkor . Program bermula dari 25/5/15 sehingga 27/5/15...






















24 May 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA 2 X PELAJAR YANG HAFIZ AL-QURAN

Alhamdulillah , Majlis Khatam Al-Quran sempena 2 x Pelajar Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan yang telah menjadi HAFIZ Al-QURAN 30 Juzu' telah berjalan dengan lancar . Majlis khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan surah Ad-Dhuha hinggalah surah An-Nas , dan diakhiri dengan bacaan doa khatam Al-Quran yang penuh khusyu' ...
Alhamdulillah , kegembiraan yang tidak terhingga pastinya terpancar di muka kedua ibu bapa pelajar, ustaz-ustaz dan juga mudir dan juga seluruh keluarga Maahad. Semoga menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang lain..
TAHNIAH AMIRUL FAIZ BIN AZHAR & ABD. FATAH BIN ABD. RAHMAN!!! BARAKALLAHU LAKA ! SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT .
Sabda Baginda Rasul : “ Barangsiapa yang menghafaz Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, maka Allah akan memakaikan kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat, suatu mahkota yang mana kilauannya lebih cerah berbanding cahaya matahari ”...
Amin Ya Rabb
Al-Imam Al-Syafie berkata : " Apabila orang yang baru belajar terus maju ke hadapan (sehingga menjadi tokoh besar ), maka dia pasti terluput ilmu yang sangat banyak ".
Justeru, sama-sama kita belajar sesuatu ilmu dari asasnya supaya kelak tidak tersesat jalan, pandangan serta pegangan...
Amin Ya Rabb..









20 May 2015

MAKLUMAN MAJLIS DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN

Assalamualaikumwarahmatullah...
Makluman berkenaan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran..
Pada 24/5/15 - Ahad ..Maahad akan mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sempena Program Pelajar iaitu Kem Motivasi Tamrin Qiadi di Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam bermula 25/5/15 - 27/5/15.. Memohon agar Allah memberikan keselamatan dan memudahkan segala perancangan yang dijalankan oleh Maahad..Menghindarkan dari segala bencana.. Memberi perlindungan dan hidayahnya agar kem ini memberi impak yang maksimum pada pelajar-pelajar..
Majlis Doa kesyukuran sempena 2 org pelajar Maahad yang telah berjaya menamatkan hafazan.. Semoga dapat mengulang semula dengan lebih mantap dan semoga Allah memberi ingatan yang kuat kepada mereka dan semoga istqamah dengan ilmu..
Majlis akan bermula pada jam 10 pagi hari Ahad.. Dijemput kepada semua ibubapa/penjaga untuk hadir kerana selepas majlis berlangsung.. pelajar dibenarkan 'outing' untuk persediaan kem keesokan harinya.. seperti biasa pihak Maahad memohon respon kehadiran ibubapa/penjaga beserta jumlah kehadiran untuk urusan penyediaan jamuan..
** (Mohon respon personal pada whattsapp Mudir)..
Semoga ibubapa/penjaga dapat meluangkan masa untuk majlis tersebut dan sama-sama dapat meraikan anak-anak/pelajar-pelajar tahfiz yang telah berjaya .. Insyaallah akan tiba masa dan giliran anak kita untuk berjaya dalam hafazan..Hari ini kita meraikan anak orang satu hari nanti Allah akan buka hati orang lain untuk meraikan anak kita pula..
Sekian, terima kasih..


15 May 2015

GAMBAR SEKITAR PROGRAM TAUSIAH

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Gambar sekitar Program Tausiah dari Habib Mohd. Soleh Al Athos Mursid Ribat Fatah Huraidah pada 14/5/15 - Khamis malam Jumaat..