20 Dec 2014

PROGRAM SEMPENA CUTI AKHIR TAHUN 2014


( 20/12/14 - Sabtu ) - Gambar sekitar Majlis Taklimat/Ucapan dari Mudir Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, Qosidah dari Kumpulan Sautul Hidayah, Persembahan Nasyid dari Kumpulan Saidina Abu Zar, Saidina Abdul Rahman & Saidina Saad dan juga Penyampaian Hadiah kepada pelajar Cemerlang kelas dan keseluruhan dan juga pemenang sukan Ping pong dan juga Bolasepak antara kumpulan/kelas.. 

Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah..




















18 Dec 2014

MAKLUMAN SEMPENA CUTI AKHIR TAHUN 2014


Pelajar-pelajar tahfiz akan dibenarkan balik bercuti sempena Cuti Akhir Tahun pada hari Sabtu iaitu pada 20/12/14 jam 9 pagi..

Cuti bermula dari ( 20/12/14 - Sabtu ) - ( 4/1/15 - Ahad - sebelum jam 6.30 petang )..

Pelajar-pelajar dibenarkan pulang selepas Taklimat, Perjumpaan ibu bapa bersama tenaga pengajar setiap kelas, pengambilan kad laporan pelajar dan juga Kad tugasan semasa cuti..
Maklum..




PROGRAM KEM IBADAH SEMPENA CUTI SEKOLAH

Gambar sekitar Kem Pimpinan Tahfiz & Asuhan Ibadah 2014 yang dijalankan pada 6 Dis - 13 Dis 2014...

Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan Kem Ibadah ini.. Juga Terima kasih di ucapkan kepada ibu bapa yang telah menghantar anak-anak untuk menyertai Kem Ibadah ini semoga anak-anak mendapat ilmu yang berguna ..

Insya Allah..


17 Nov 2014

PROGRAM KEM IBADAH SEMPENA CUTI SEKOLAH

بسم الله الرحمن الرحيم 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba .. Pihak Maahad akan menganjurkan satu Program Kem Ibadah iaitu Kem Pimpinan Tahfiz & Asuhan Ibadah .. Ianya terbuka kepada semua Pelajar lelaki dari Sekolah Rendah & Sekolah Menengah yang berumur dari 7 - 17 tahun..Pendaftaran telah dibuka & tempat adalah terhad.. Pengisian program adalah seperti yang tertera di dalam gambar.. Untuk Maklumat lanjut boleh lah menghubungi Ustaz Ishak - 013-6201542 atau Pejabat - 03-32501396..Moga ianya dapat memberikan manfaat dan ilmu yang berguna..إن شاء اللهInsya-Allah



29 Sept 2014

MAKLUMAN SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA 2014

Pelajar-pelajar tahfiz dibenarkan balik bercuti Hari Raya AidiI Adha pada hari Jumaat malam Sabtu iaitu pada 3/10/14 ..

Cuti bermula dari (3/10/14 - Jumaat) - (12/10/14 - Ahad -**sebelum jam 6.30 petang )..

Ibu dan Bapa pelajar juga dijemput untuk bersama-sama dalam program pada Jumaat malam tersebut..Pihak Maahad akan menjalankan Program Bacaan Yassin dan tahlil, Bacaan Doa Selamat untuk pelajar yang akan berlepas ke Yaman, Perjumpaan ibubapa dengan ustaz setiap kelas, Perbincangan tentang Program Kemahiran Hidup untuk pelajar-pelajar dan juga taklimat ringkas sempena cuti Hari Raya Aidil Adha tersebut..
Pelajar-pelajar akan dibenarkan balik selepas selesai program tersebut..Maklum..







PRODUK MINUMAN KORDIAL MINDA, AFIAT DAN SYIFA'


Produk minuman terbaru keluaran Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan dengan kerjasama ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd..Ianya adalah 100% keluaran bumiputera muslim..

1. Kordial Minda - Delima + Madu + Zaitun + Anggur + Bacopa + Habbatussauda + Tiin + Gingko                                  Biloba..
2. Kordial Afiat - Kurma + Stevia + Madu + Epal + Halia + Habbatussauda + Tiin + Pegaga..
3. Kordial Syifa - Mangga + Air Zam Zam + Madu + Stevia + Habbatussauda + Goji + Garam                                          Bukit + Za'faran..

** Setiap 1 botol berharga - RM20.90
Tuan-tuan boleh dapatkan produk tersebut secara terus dari Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan atau hubungi Pej Maahad - 03-32501396/013-6201542(Ustaz Ishak) untuk maklumat lanjut..








25 Aug 2014

MAKLUMAN CUTI MINGGUAN(OUTING) BULAN SEPTEMBER 2014

Cuti mingguan(outing) untuk bulan September ini adalah pada 31/8/2014(Ahad) ..

Ini adalah kerana pada 7/9/2014 - pihak Maahad telah mendapat jemputan untuk meraikan satu majlis yang akan melibatkan semua pelajar-pelajar..Mohon Ibubapa maklum di atas perkara tersebut..

Pihak Maahad juga memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku..










































































22 Jul 2014

MAKLUMAN SEMPENA CUTI AIDILFITRI 2014

Pelajar-pelajar tahfiz dibenarkan balik bercuti Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat malam Sabtu iaitu pada 25/7/14 ..
Cuti bermula dari (25/7/14 - Jumaat) - (3/8/14 - Ahad - sebelum jam 6.30 petang )..
Ibu dan Bapa pelajar dijemput untuk berbuka dan berterawih bersama pada Jumaat malam tersebut..pelajar-pelajar dibenarkan pulang selepas tazkirah dan pesanan ringkas..
Maklum..




29 Jun 2014

KELAS TAFAQUH FEQAH DI BULAN RAMADHAN



Kelas Tafaquh Feqah ( Sempena Bulan Ramadhan ) oleh Ustaz Mashadi Masyuti..

Masa/Hari - Jam 2.30 ptg - 4.30 ptg pada setiap hari Isnin/Selasa/Rabu dan Khamis..

Tempat - Surau Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan..

Semua Muslimin/Muslimat di jemput hadir ..Tiada bayaran dikenakan..
Semoga memberi keberkatan di Bulan Ramadhan yang mulia ini..Insya-Allah..

26 Jun 2014

MAKLUMAN SEMPENA AWAL RAMADHAN

MAKLUMAN

Pada 28/6/14 (Sabtu) Jam 0900 pagi - Pihak Maahad akan menganjurkan Program Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru dan juga Majlis Tahlil bersama ibu bapa sempena menyambut Awal Ramadhan.
Semua ibu bapa dikehendaki hadir untuk bersama-sama dalam majlis tersebut..

Sekiranya pada hari sabtu tersebut adalah hari pertama Ramadhan , maka majlis tersebut dibatalkan..




11 Jun 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Gambar sekitar program Majlis Khatam Al-Quran di rumah Pengarah Urusan Solar Elert - Tuan Hj Ismail..Semoga membawa keberkatan..InsyaAllah..