14 Jan 2016

MAKLUMAN UNTUK PROGRAM AWAL TAHUN - FOKUS 40 HARI


Assalamualaikum w.b.t...
Ada beberapa pengumuman ...
1.Maahad seperti yang sedia maklum adalah di dalam program awal tahun iaitu fokus 40 hari... Tujuannya adalah seperti yang dinyatakan iaitu untuk menanam jati diri pada pelajar-pelajar agar boleh berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada ibubapa/penjaga...Pihak Maahad berharap program ini akan menguatkan semangat pelajar untuk belajar... Jadi pihak maahad memohon supaya tidak ada penjaga yang datang ziarah sehinggalah 13/2/16... Sekiranya ada keperluan, silalah hubungi Pihak Maahad dan insyaallah kami akan menghubungi ibubapa/penjaga sekiranya berlaku sesuatu yang memerlukan kami menghubungi ibubapa/penjaga...
2. Pihak Maahad akan mengadakan Majlis Kesyukuran setelah genap 40 hari iaitu pada 13/2/16 jam 9 pagi... Pada masa dan tarikh tersebut, Pihak Maahad akan memberikan sedikit taklimat kepada ibubapa/penjaga... Selepas jamuan dan perjumpaan ibubapa/penjaga dengan guru/ustaz kelas masing-masing, pelajar-pelajar akan diberikan cuti sehingga 14/2/16 dan pelajar-pelajar perlu pulang semula di Maahad sebelum jam 6 petang...
3. Pihak Maahad memerlukan seorang lagi warden.. Sekiranya ada sesiapa yang berminat dan ingin berkhidmat di Maahad boleh lah berjumpa dengan Ustaz Hakim untuk urusan temuduga...Sekian terima kasih...

13 Jan 2016

PROGRAM FOKUS 40 HARI




Program fokus 40 hari yang sedang berjalan ketika ini ( 3 Jan 16 - 12 Feb 16 ) adalah bertujuan untuk membiasakan diri pelajar dalam persekitaran hafazan Al-Quran tanpa gangguan, berdikari dan melatih pelajar untuk menyelesaikan masalah tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu dan ayah dan juga supaya selepas ini mudah-mudahan hati mereka lebih cekal dan lebih bersemangat untuk meneruskan hafazan.. InsyaAllah







Kelas Infradi dari waktu Maghrib hingga jam 9.30 mlm.