3 Oct 2015

MAKLUMAN 'OUTING' BULAN OKTOBER 2015

Assalamualaikum w.b.t...
Untuk makluman ibubapa/penjaga yang dimuliakan Allah...
1. Pada 4/10/15 adalah hari 'outing' seperti yang tertera di Manual Takwim Tahunan 2015... Oleh itu ibubapa/penjaga boleh membawa keluar pelajar mulai jam 8.30 pg - 6.00 ptg...
2. Mohon juga kerjasama ibubapa/penjaga yang dirahmati Allah untuk mengisi borang kemaskini maklumat pelajar bagi yang belum mengisinya...
3. Kepada ibubapa/penjaga yang telah mengambil Borang Bantuan Huffaz, mohon pulangkan dengan kadar segera supaya pihak Maahad dapat memeriksa dan menghantarnya ke JAIS segera.. Kerjasama ibubapa/penjaga sangat dihargai...
4. Pihak Maahad juga dalam proses pengambilan dan temuduga untuk kemasukan pelajar-pelajar baru... Bagi ibubapa/penjaga yang ada anak atau anak kenalan yang berminat untuk belajar di Maahad bolehlah datang untuk temuduga...
5. Pihak Maahad sekarang menghadapi sedikit tekanan ekonomi dalam pengurusan... Oleh itu Pihak Maahad memohon jasa baik ibubapa yang berkemampuan untuk menyumbang barangan berikut untuk kegunaan makanan harian pelajar selama sebulan..
1. Beras 10 kilo - 90 kampit.
2. Gula - 60 kilo.
3. Mee hoon - 10 bundle.
4. Ikan bilis - 5 kilo.
5. Garam - 60 bungkus.
6. Teh/Kopi.
7. Susu pekat manis.
8. Telur - 30 papan.
Dan juga barang-barang kering yang bersesuaian untuk makanan pelajar harian...
Bagi ibubapa/penjaga yang mempunyai kelebihan rezeki bolehlah menyumbang.. atau pun mohon war-warkan kepada saudara mara atau rakan taulan yang pemurah...
Mohon perhatian dan kerjasama .. Sekian terima kasih..