31 Dec 2015

MAKLUMAN UNTUK PENGAJIAN PENGGAL 2016

Assalamualaikum w.b.t...
Perhatian kepada semua ibubapa/penjaga...
1. Tarikh perngajian baru Maahad Tahfiz AlHidayah Wal Ehsan bagi penggal 2016 ialah pada 3/1/2016 ... Bagi pelajar baru, masa mendaftar adalah selepas waktu asar.
Manakala bagi pelajar lama, waktu mendaftar pengajian semula adalah sebelum waktu zohor... Mohon ibubapa/penjaga untuk menghantar pelajar-pelajar secara berperingkat sebelum waktu zohor bagi mengelakkan kesesakan di pejabat... Kerjasama dari ibubapa/penjaga amat diharapkan...
2. Pihak Maahad akan menjalankan gotong-royong untuk membersihkan Maahad pada 31/12/15 iaitu pada hari khamis... Mohon ibubapa/penjaga agar dapat membenarkan pelajar-pelajar datang beramai-ramai ... Sekiranya ibubapa/penjaga berkelapangan, boleh juga turut serta dan ianya sangat-sangat dialukan...
3. Pihak Maahad menghadapi banyak kerosakan katil. Lebih dari 20 set katil telah patah dan bengkok. Pihak Maahad cuba membetulkan mana-mana katil yang boleh diperbaiki tapi banyak yang rosak dan tidak boleh diperbaiki...Mohon sekiranya ada ibubapa/penjaga yang ingin mewakafkan katil yang setiap satunya berharga rm250, bolehlah berhubung dengan Pihak Maahad atau Mudir...
Sekian.. Semoga makluman ini boleh difahami ibubapa/penjaga dan tidak membebankan. Terima kasih..

30 Dec 2015

MAKLUMAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & PENANGGUHAN PENGAJIAN 2015




Assalamualaikum w.b.t
Makluman kepada semua ibubapa & penjaga ...
Pihak Maahad menjemput ibubapa/penjaga untuk hadir pada 19/12/15 pada hari Sabtu Jam 0900 pagi sempena Majlis Penyampaian Hadiah Dan Penangguhan Pengajian Tahun 2015.. Kehadiran penuh dari semua ibubapa & penjaga amatlah diharapkan...
Majlis akan bermula pada jam 9 pagi.. Pengisian Majlis antara lain adalah taklimat tahap pencapaian pelajaran pelajar-pelajar, cadangan & perancangan pada tahun hadapan, perbincangan dengan ustaz/guru setiap kelas mengenai tindakan terhadap pelajar-pelajar yang tidak mencapai sasaran yang sepatutnya dan juga satu slot bagaimana ibubapa dapat membantu pihak Maahad tanpa perlu menaikkan yuran 2016 walaupun keadaan ekonomi sekarang yang sangat menekan..
Mohon sangat ibubapa dapat meluangkan masa demi kebaikan bersama...
Kita cuma dapat mengambil apa yang kita beri.. Oleh itu di harap ibubapa/penjaga dapat memberikan sedikit masa untuk pelajaran anak-anak agar nanti tuan/puan dapat mengambil hasilnya di kemudian hari... Jangan menyesal di kemudian hari kerana hasil tiada atau sedikit jika hari ini kita leka dalam memberi sedikit masa ...
Sekian dimaklumkan.. Terima kasih...