30 Dec 2015

MAKLUMAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & PENANGGUHAN PENGAJIAN 2015




Assalamualaikum w.b.t
Makluman kepada semua ibubapa & penjaga ...
Pihak Maahad menjemput ibubapa/penjaga untuk hadir pada 19/12/15 pada hari Sabtu Jam 0900 pagi sempena Majlis Penyampaian Hadiah Dan Penangguhan Pengajian Tahun 2015.. Kehadiran penuh dari semua ibubapa & penjaga amatlah diharapkan...
Majlis akan bermula pada jam 9 pagi.. Pengisian Majlis antara lain adalah taklimat tahap pencapaian pelajaran pelajar-pelajar, cadangan & perancangan pada tahun hadapan, perbincangan dengan ustaz/guru setiap kelas mengenai tindakan terhadap pelajar-pelajar yang tidak mencapai sasaran yang sepatutnya dan juga satu slot bagaimana ibubapa dapat membantu pihak Maahad tanpa perlu menaikkan yuran 2016 walaupun keadaan ekonomi sekarang yang sangat menekan..
Mohon sangat ibubapa dapat meluangkan masa demi kebaikan bersama...
Kita cuma dapat mengambil apa yang kita beri.. Oleh itu di harap ibubapa/penjaga dapat memberikan sedikit masa untuk pelajaran anak-anak agar nanti tuan/puan dapat mengambil hasilnya di kemudian hari... Jangan menyesal di kemudian hari kerana hasil tiada atau sedikit jika hari ini kita leka dalam memberi sedikit masa ...
Sekian dimaklumkan.. Terima kasih...

No comments:

Post a Comment