31 Dec 2015

MAKLUMAN UNTUK PENGAJIAN PENGGAL 2016

Assalamualaikum w.b.t...
Perhatian kepada semua ibubapa/penjaga...
1. Tarikh perngajian baru Maahad Tahfiz AlHidayah Wal Ehsan bagi penggal 2016 ialah pada 3/1/2016 ... Bagi pelajar baru, masa mendaftar adalah selepas waktu asar.
Manakala bagi pelajar lama, waktu mendaftar pengajian semula adalah sebelum waktu zohor... Mohon ibubapa/penjaga untuk menghantar pelajar-pelajar secara berperingkat sebelum waktu zohor bagi mengelakkan kesesakan di pejabat... Kerjasama dari ibubapa/penjaga amat diharapkan...
2. Pihak Maahad akan menjalankan gotong-royong untuk membersihkan Maahad pada 31/12/15 iaitu pada hari khamis... Mohon ibubapa/penjaga agar dapat membenarkan pelajar-pelajar datang beramai-ramai ... Sekiranya ibubapa/penjaga berkelapangan, boleh juga turut serta dan ianya sangat-sangat dialukan...
3. Pihak Maahad menghadapi banyak kerosakan katil. Lebih dari 20 set katil telah patah dan bengkok. Pihak Maahad cuba membetulkan mana-mana katil yang boleh diperbaiki tapi banyak yang rosak dan tidak boleh diperbaiki...Mohon sekiranya ada ibubapa/penjaga yang ingin mewakafkan katil yang setiap satunya berharga rm250, bolehlah berhubung dengan Pihak Maahad atau Mudir...
Sekian.. Semoga makluman ini boleh difahami ibubapa/penjaga dan tidak membebankan. Terima kasih..

30 Dec 2015

MAKLUMAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & PENANGGUHAN PENGAJIAN 2015




Assalamualaikum w.b.t
Makluman kepada semua ibubapa & penjaga ...
Pihak Maahad menjemput ibubapa/penjaga untuk hadir pada 19/12/15 pada hari Sabtu Jam 0900 pagi sempena Majlis Penyampaian Hadiah Dan Penangguhan Pengajian Tahun 2015.. Kehadiran penuh dari semua ibubapa & penjaga amatlah diharapkan...
Majlis akan bermula pada jam 9 pagi.. Pengisian Majlis antara lain adalah taklimat tahap pencapaian pelajaran pelajar-pelajar, cadangan & perancangan pada tahun hadapan, perbincangan dengan ustaz/guru setiap kelas mengenai tindakan terhadap pelajar-pelajar yang tidak mencapai sasaran yang sepatutnya dan juga satu slot bagaimana ibubapa dapat membantu pihak Maahad tanpa perlu menaikkan yuran 2016 walaupun keadaan ekonomi sekarang yang sangat menekan..
Mohon sangat ibubapa dapat meluangkan masa demi kebaikan bersama...
Kita cuma dapat mengambil apa yang kita beri.. Oleh itu di harap ibubapa/penjaga dapat memberikan sedikit masa untuk pelajaran anak-anak agar nanti tuan/puan dapat mengambil hasilnya di kemudian hari... Jangan menyesal di kemudian hari kerana hasil tiada atau sedikit jika hari ini kita leka dalam memberi sedikit masa ...
Sekian dimaklumkan.. Terima kasih...

1 Nov 2015

KEM PIMPINAN TAHFIZ DAN ASUHAN IBADAH 2015



PROGRAM KEM IBADAH SEMPENA CUTI SEKOLAH
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sempena cuti sekolah tahun 2015 ini .. Pihak Maahad akan menganjurkan satu Program Kem Ibadah iaitu Kem Pimpinan Tahfiz & Asuhan Ibadah ( 29 Nov 2015(Ahad) - 05 Dis 2015(Sabtu) ) .. Ianya terbuka kepada semua Pelajar lelaki dari Sekolah Rendah & Sekolah Menengah yang berumur dari 7 - 17 tahun..Pendaftaran telah dibuka dan tempat adalah terhad..Pengisian program adalah seperti yang tertera dalam gambar yang disertakan.. Untuk Maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Ishak di talian 0136201542 atau pejabat 03-32501396..Moga ianya dapat memberikan manfaat dan ilmu yang berguna.. Insya-Allah

SEHARI SELEMBAR HADIS...


Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bin Al Ash r.a. : Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Allah tidak akan mengambil kembali ilmu(agama) dengan (cara) mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama sampai tidak bersisa, lalu orang-orang akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang bila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawaban-jawaban yang tidak didasarkan pada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang-orang"

3 Oct 2015

MAKLUMAN 'OUTING' BULAN OKTOBER 2015

Assalamualaikum w.b.t...
Untuk makluman ibubapa/penjaga yang dimuliakan Allah...
1. Pada 4/10/15 adalah hari 'outing' seperti yang tertera di Manual Takwim Tahunan 2015... Oleh itu ibubapa/penjaga boleh membawa keluar pelajar mulai jam 8.30 pg - 6.00 ptg...
2. Mohon juga kerjasama ibubapa/penjaga yang dirahmati Allah untuk mengisi borang kemaskini maklumat pelajar bagi yang belum mengisinya...
3. Kepada ibubapa/penjaga yang telah mengambil Borang Bantuan Huffaz, mohon pulangkan dengan kadar segera supaya pihak Maahad dapat memeriksa dan menghantarnya ke JAIS segera.. Kerjasama ibubapa/penjaga sangat dihargai...
4. Pihak Maahad juga dalam proses pengambilan dan temuduga untuk kemasukan pelajar-pelajar baru... Bagi ibubapa/penjaga yang ada anak atau anak kenalan yang berminat untuk belajar di Maahad bolehlah datang untuk temuduga...
5. Pihak Maahad sekarang menghadapi sedikit tekanan ekonomi dalam pengurusan... Oleh itu Pihak Maahad memohon jasa baik ibubapa yang berkemampuan untuk menyumbang barangan berikut untuk kegunaan makanan harian pelajar selama sebulan..
1. Beras 10 kilo - 90 kampit.
2. Gula - 60 kilo.
3. Mee hoon - 10 bundle.
4. Ikan bilis - 5 kilo.
5. Garam - 60 bungkus.
6. Teh/Kopi.
7. Susu pekat manis.
8. Telur - 30 papan.
Dan juga barang-barang kering yang bersesuaian untuk makanan pelajar harian...
Bagi ibubapa/penjaga yang mempunyai kelebihan rezeki bolehlah menyumbang.. atau pun mohon war-warkan kepada saudara mara atau rakan taulan yang pemurah...
Mohon perhatian dan kerjasama .. Sekian terima kasih..

15 Sept 2015

MAKLUMAN/TAKLIMAT SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILADHA 2015

Assalamualaikum w.b.t..
Makluman kepada ibubapa/penjaga..
1. Cuti Hari Raya AidilAdha/Qurban adalah pada bermula dari 19/9/15.. Ibubapa/penjaga boleh menjemput pelajar-pelajar pada hari tersebut selepas Solat Asar..
2. Seperti kebiasaannya.. Majlis Taklimat akan diadakan selepas Solat Asar sebelum pelajar dibenarkan pulang bercuti. Mohon kepada ibubapa/penjaga untuk hadir atau sekurang-kurangnya menghantar wakil kerana Pihak Maahad akan memberikan taklimat tentang sistem 'target' yang sedang berjalan. Pelajar-pelajar yang tidak melepasi 'target' akan dikeluarkan. Mohon perhatian kepada ibubapa/penjaga.
3. Maahad juga ada beberapa perkara lagi yang akan dibawa pada masa taklimat tersebut..
4. Demi kelancaran pelajaran dan pembelajaran anak-anak .. Mohon lah kepada ibubapa/penjaga dapat meluangkan sedikit masa pada kali ini.. Janganlah menguzurkan diri.. Jika ibubapa melepaskan tanggungjawab mengajar sepenuhnya kepada guru-guru tanpa mahu terlibat.. Jangan salahkan Pihak Maahad jika pelajar lambat atau tidak berjaya mengkhatamkan Al-Quran..
Mohon maaf dan terima kasih...




6 Sept 2015

'OUTING' BULAN SEPTEMBER & PELAN PELABURAN AKHIRAT

Assalamualaikum w.b.t....Makluman kepada ibubapa/penjaga.. Dimaklumkan bahawa:
1. Pada 6/9/15 adalah hari 'outing' pelajar sebagai ganti 'outing' bulan Ogos yang tiada kerana majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.
2. Alhamdulillah..binaan bangunan untuk kelas di tingkat 3 telah disiapkan.. Sekarang hanya tinggal 'wiring', cat & pintu yang masih belum selesai.. Buat masa ini pihak Maahad baru mendapat sumbangan kos untuk lampu yang telah disumbangkan oleh ayah Haziq Arif sebanyak RM2000 dan sumbangan kipas oleh sahabat Mudir berjumlah RM4000.. Pihak Maahad masih memerlukan RM11000 lagi untuk menyiapkan wiring, cat & pintu dan sebagainya tu.. Terima kasih juga kepada tuan Hj Wahab yang sudi untuk membayarkan kos lampu tersebut..
3. Pihak Maahad juga masih memerlukan 20 tong cat yang mana setiap tong berharga RM280..
4. Pihak Maahad juga memerlukan pintu bilik sebanyak 16 keping..bersaiz pintu standard..
5. Pihak Maahad juga masih memerlukan 8 keping 'whiteboard' saiz 4x8 kaki untuk kegunaan kelas..
Pihak Maahad amat mengalu-alukan jika ada pihak ibubapa/penjaga yang sudi untuk menyumbang dalam menyiapkan bangunan ini supaya ianya dapat digunakan selepas Hari Raya Haji nanti.. Semoga sumbangan tuan/puan akan di balas oleh Allah S.W.T dengan yang lebih baik..
Pihak Maahad berharap, dengan siapnya bangunan kelas ini nanti akan dapat memberikan lebih keselesaan kepada pelajar-pelajar untuk menghafal Al-Quran..Dan semoga hafalan mereka akan lebih cepat dan mantap..Bersamalah membantu agama Allah.. JIKA KITA MEMBANTU DAN MEMUDAHKAN URUSAN AGAMA.. ALLAH PASTI AKAN MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN HIDUP KITA..INSYAALLAH..






28 Aug 2015

MANUAL TAKWIM TAHUNAN MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH WAL EHSAN 1436/1437H - 2015..


























Pembetulan bulan September Manual Takwim Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan 1436/1437H - 2015.. Maklum

30 Jul 2015

MAKLUMAN MAJLIS SILATURRAHMI AIDILFITRI 2015


Assalamualaikum w.b.t..
Pengumuman dan peringatan untuk ibubapa/penjaga ..
1. Pihak Maahad ingin menjemput semua ibubapa/penjaga dan keluarga ke Majlis Silaturrahmi Aidilfitri Maahad pada hari Ahad 2/8/15 bermula lepas zohor hingga 6 petang. Harapan Pihak Maahad semoga ibubapa/penjaga dapat menghadirkan diri ke majlis ini. Mohon komitmen pada aktiviti Maahad untuk memberi semangat kepada pelajar dan juga ustaz yang mengajar . Juga sebagai satu jalan untuk saling bersilaturrahmi sesama ibubapa/penjaga yang lain..
2. Oleh kerana pelajar-pelajar baru sahaja memulakan penggal selepas bercuti lama sempena cuti hari raya aidilfitri, maka 'outing' pada hari Ahad bulan Ogos dibatalkan.. apatah lagi pada tarikh 'outing' tersebut berlangsung majlis di Maahad.. Walaubagaimanapun sekiranya ada ibubapa/penjaga yang sangat perlu untuk membawa pelajar 'outing' bolehlah berjumpa dan berurusan dengan Mudir..
Sekian dimaklumkan dan terima kasih di atas perhatian tuan/puan..Mohon maaf atas kesilapan dan kesalahan..
Wassalam..

14 Jul 2015

MAKLUMAN CUTI RAYA AIDILFITRI 2015/1436H



Assalamualaikum w.b.t.
Makluman kepada semua ibubapa/penjaga..Oleh kerana terdapat ramai pelajar-pelajar yang terkena jangkitan 'Chickenpop' atau demam campak.. Maka Pihak pengurusan Maahad mengambil keputusan untuk melanjutkan cuti hari raya dari 14/7/15 sehingga 25/7/15 ( Sabtu )..
Semua pelajar di minta untuk mendaftar semula ke Maahad sebelum 6 petang hari Sabtu 25/7/15..
Pihak Maahad mengucapkan selamat menjalani puasa Ramadhan sehingga ke akhirnya dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Kullu ammin wa antum bikhairi..
Minal Aidil Wal Faizin...




7 Jul 2015

MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI & IFTOR PERDANA






Assalamualaikum w.b.t..
Makluman kepada ibubapa/penjaga pelajar Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan..
Tarikh cuti Hari Raya Aidilfitri adalah pada hari Selasa 14/7/15 sehingga Selasa 21/7/15.. Pelajar-pelajar diminta melapor diri semula ke asrama pada hari Selasa 21/7 /15 sebelom pukul 6 petang..
Untuk makluman ibubapa/penjaga juga .. pada 13/7/15 Pihak Maahad akan mengadakan Majlis Iftor Perdana dan Khatam Al-Quran.. Kami menjemput ibubapa/penjaga agar dapat hadir pada tarikh tersebut bagi bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.. Pelajar-pelajar juga dibenarkan pulang ke rumah dan seterusnya bercuti selepas selesai Solat Sunat Terawih, Tazkirah dan Taklimat ringkas pada malam tersebut...
Di sini kami sertakan jadual Iftor Perdana untuk rujukan ibubapa/penjaga..
Jam 6 petang - Majlis Khatam Al Quran dan Tahli Arwah.. Doa Khatam Al Quran dan Doa Tahlil..
Jam 7.30 Petang - Berbuka ringan dan solat Maghrib.. Seterusnya makan malam..
Jam 8.40 Malam - Solat Isyak .. Solat Sunat Terawih dan Solat Sunat Witir..
Jam 9.40 Malam - Tazkirah Ramadhan dan Taklimat ringkas..
Jam 10.30 Malam - Bersurai
Bagi ibubapa/penjaga yang ingin menyumbang untuk Iftor Perdana tersebut amat dialu-alukan dan boleh berhubung dengan Mudir ..
Seperti biasa mohon jumlah kehadiran dari ibubapa/penjaga untuk urusan jamuan.. ( harapan Pihak Maahad semoga semua ibubapa/penjaga dapat hadir supaya maklumat dan taklimat yang akan diberikan sampai kepada semua ibubapa/penjaga.. Mohon kerjasama dari ibubapa/penjaga agar semuanya beroleh kebaikan )...
Sekian.. Terima kasih...& Selamat Berpuasa..

5 Jul 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN CERAMAH NUZUL QURAN


Assalamualaikum w.b.t...
Makluman untuk ibubapa/penjaga..
Pihak Maahad akan mengadakan majlis Berbuka Puasa dan juga Ceramah Nuzul Quran pada malam 5/7/2015(Ahad) selepas isyak di Maahad..
Ibubapa/penjaga di jemput untuk datang dan memeriahkan majlis tersebut.. Ibubapa/penjaga juga dibenarkan berbuka bersama pelajar-pelajar di Maahad. Juadah berbuka akan disediakan oleh pihak Maahad.
Mohon ibubapa/penjaga sahkan kehadiran dan jumlah yang hadir di grup whattsapp atau sms mudir untuk urusan juadah berbuka..Bagi ibubapa yang ingin menyumbang kuih-muih bolehlah maklumkan pada mudir secepat mungkin bagi mengelakkan pembaziran..
Harapan Pihak Maahad semoga ibubapa/penjaga dapat memberikan keutamaan pada majlis ini memandangkan ini adalah satu-satunya majlis yang dapat dianjurkan oleh pihak Maahad yang melibatkan ibubapa dan pelajar di dalam bulan Ramadhan kali ini..
Untuk makluman , ceramah akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Mohd Masyadi Masyuti..

Sekian terima kasih..


1 Jun 2015

PROGRAM MENGHIDUPKAN MALAM RAMADHAN DAN MENGISI TABUNG PENGURUSAN

Seperti tahun-tahun yang lepas, Maahad akan mengadakan program MENGHIDUPKAN MALAM RAMADHAN di mana sepanjang bulan Ramadhan selepas Terawih.. Guru-guru serta pelajar-pelajar akan bertadarus dan mengkhatam Al-Quran, bertahlil dan berdoa (Khatam Al-Quran & arwah) serta menjalankan Qiamullail pada dua pertiga malamnya..
Bacaan Al-Quran, tahlil dan semua amalan tersebut akan diniatkan pada nama arwah yang disenaraikan oleh tuan/puan yang ingin turut serta dalam program ini..
Tuan/Puan yang berminat untuk turut sama menyumbang di dalam program ini bolehlah menyalurkan secara online ke akaun BIMB - 12168010008227 & Maybank - 562106623381 & RHB Bank - 21246660005128 di atas nama Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan ..
Tuan/puan boleh lah sms/whattsapp Mudir - Ustaz Ishak 0136201542 untuk senarai nama arwah yang ingin dimasukkan di dalam program tersebut..
Kami berdoa dan berharap semoga program bagi membesarkan dan menghidupkan Ramadhan ini diterima oleh Allah sebagai amalan kebajikan dan diberikan ganjaran syurga..
Akhir kata Pihak Maahad mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan yang sudi menyumbang dan turut serta di dalam program ini..


29 May 2015

MAKLUMAN SUMBANGAN UNTUK BERBUKA PUASA & BERSAHUR..

Assalamualaikum w.b.t..
Perhatian kepada ibubapa/penjaga pelajar-pelajar Maahad yang dirahmati Allah .. Bagi sesiapa yang ingin memberi sumbangan untuk pelajar-pelajar berbuka puasa dan sahur seperti tahun-tahun yang lepas.. RM500 untuk berbuka dan RM400 untuk bersahur.. Setakat ini 10 malam yang terakhir telah pun di tempah dan juga pada tarikh 29/6 .. Bagi sesiapa yang berminat untuk memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Mudir secepat mungkin..
Sekian terima kasih...



25 May 2015

KEM TAMRIN QIADI DAN HARI UKHWAH KAKITANGAN MAAHAD MEI 2015

Gambar sekitar Rehlah Pelajar Kem Tamrin Qiadi & Hari Ukhwah Kakitangan Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan di Pangkor Village Beach Resort , Pulau Pangkor . Program bermula dari 25/5/15 sehingga 27/5/15...