26 Feb 2014

SYARAT PENERIMAAN BELAJAR

Syarat Kemasukan & Yuran

Syarat – syarat permohonan memasuki Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan

 1.  Minat untuk belajar.
 2. Lulus temuduga kemasukan yang dijalankan oleh pihak Maahad.
 3. Bersedia untuk dididik dan menerima arahan.
 4. Patuh pada disiplin dan berakhlak mulia.
 5.  Sihat tubuh badan dan mental.
 6.  Tidak terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah ( dan juga tidak merokok ).
 7.  Mempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan.
 8.  Sedia bersusah payah untuk mendapatkan ilmu.

Pihak Maahad akan mengadakan sesi temuduga beberapa kali dalam setahun. Untuk maklumat 
lanjut sila hubungi pejabat Maahad atau rujuk pada taqwim Maahad untuk mendapatkan tarikh temuduga.

Dokumen yang perlu di bawa ketika memohon:
  • salinan kad pengenalan pemohon.
  • salinan kad pengenalan bapa/penjaga.
  • 2 keping gambar terbaru pemohon/pelajar - berukuran pasport.
  • Sijil – sijil yang berkaitan.

Pengakuan Ibu/Bapa Penjaga
  • Saya dengan ini menyerahkan anak jagaan saya untuk dididik oleh pihak Maahad dan berjanji akan mematuhi segala peraturan Maahad, bekerjasama dalam mendidik anak saya dan juga bersedia berbincang bila-bila masa diperlukan.
  • Saya juga memahami bahawa anak jagaan saya tertakluk kepada peraturan Maahad dan akan memastikan anak saya mematuhi segala peraturan sekolah. Saya juga berlapang dada sekiranya anak saya dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan Maahad. 
  • Saya di atas kapasiti saya sebagai ibubapa/penjaga/penaja pelajar tersebut di atas mengambil tanggungjawab untuk membayar yuran bulanan seperti yang ditetapkan Maahad.
  •  Saya membenarkan penggunaan rotan (tidak keterlaluan) ke atas anak saya dengan tujuan pengajaran.
  • Dengan ini saya bersetuju bahawasanya :
1.  Ibu bapa pelajar tidak boleh sama sekali mencampuri urusan pentadbiran Maahad. 
    Sebarang maklumbalas/pertanyaan/kemusykilan hendaklah di rujuk kepada Mudir terlebih dahulu.

2.  Pihak Maahad akan memberi yang terbaik sebagai langkah keselamatan pelajar, 
    tetapi TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecelakaan mental dan fizikal 
    yang menimpa ke atas pelajar sepanjang berada di dalam atau di luar Maahad.

3.  Permohonan cuti di waktu kelas akan di tolak sama sekali kecuali kes kematian atau 
    kemalangan.

4.  Permohonan cuti untuk kenduri kahwin,tahlil,aqiqah,bertunang dan sebagainya yang 
    mengganggu waktu kelas akan di tolak tanpa kompromi. Permintaan untuk balik awal 
    dalam cuti Maahad tanpa sebab yang munasabah akan di tolak.

5.  Ketetapan masa sangat di titikberatkan. Tindakan disiplin akan di ambil ke atas pelajar yang pulang lewat ke Maahad.

6.  Sebarang peralatan yang di jumpai pada pelajar (iaitu barang larangan ) akan di rampas. Terpulang sepenuhnya kepada pentadbiran Maahad untuk melakukan apa yang sepatutnya kepada barangan tersebut. Ibu bapa pelajar tiada hak lagi ke atas barangan tersebut.

7.  Pihak Maahad akan memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa pelajar jika terdapat 
    sebarang pembaharuan ke atas barang larangan.

YURAN PENDAFTARAN

Yuran pendaftaran boleh dirujuk pada borang kemasukan. Pembayaran harus di buat setelah pelajar di terima masuk ke Maahad.

YURAN BULANAN

Yuran bulanan adalah sebanyak  RM 300. Pembayaran harus di buat selewat-lewatnya 
sebelum 10hb setiap bulan atau terus ke akaun Maahad dan serahkan atau email kan slip pembayarannya.

Akaun 1 - Bank Islam Malaysia Berhad

Nama akaun : Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan

No. akaun : 12168010008227

Akaun 2 - Maybank Malaysia Berhad

Nama Akaun : Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan

No. Akaun: 562106623381


21 Feb 2014

JADUAL HARIAN ASRAMA


** Masa aktiviti akan berubah mengikut waktu solat (waktu semasa)

9 Feb 2014

MISI DAN VISI



MISI DAN VISI MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL HIDAYAH WAL EHSAN..

1. Melahirkan generasi Al-Quran yang berwawasan dan cintakan Al-Quran.
2. Meramaikan Al-Hafiz di kalangan masyarakat islam.
3. Meningkatkan kemahiran dan mutu bacaan Al-Quran.
4. Membentuk individu yang berakhlak berdasarkan Al-Quran.

AL-QURAN - SUMBER RUJUKAN


Al-Quran adalah induk bagi masyarakat Islam dan merupakan sumber rujukan berbagai-bagai kemusykilan dari hal-hal yang bersangkutan dengan kehidupan duniawi dan juga ukhrawi. Kandungan Al-Quran yang meliputi pelbagai pengajaran hidup dan sumber ilmu pengetahuan, dapat mendidik dan membimbing masyarakat Islam ke arah kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Seiringan dengan itu, Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan telah menetapkan matlamat untuk menerapkan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan tuntutan Al-Quran bermula dari peringkat umur kanak-kanak lagi.

Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan ini diharapkan akan menjadi satu alternatif kepada ibu bapa dalam menyediakan asas-asas pendidikan Islam kepada anak-anak mereka.

TAKWIM TAHUNAN MAAHAD TAHFIZ AL HIDAYAH WAL EHSAN 1435/1436H - 2014



** - Takwim tertakluk pada perubahan semasa..maklum..

KATA-KATA ALUAN..


ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Al-Quran adalah merupakan mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW yang kekal sehingga hari kiamat. Sebagai petunjuk kepada jalan yang benar, maka adalah penting bagi setiap umat Islam mempelajari, menghayati dan mengamalkan setiap ajaran, arahan dan tegahan yang terkandung di dalamnya. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Bukhari dan At-Tirmidzi yang bermaksud:

" Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya "

Hadis ini mengingatkan kita betapa pentingnya Al-Quran itu untuk di pelajari dan diajarkan kepada mereka yang lain. Mempelajari Al-Quran adalah meliputi bacaan yang betul, fasih dari segi makhrajnya serta mengenali hukum-hukum tajwid. Kemahiran berbahasa Arab merupakan satu kelebihan yang membolehkan seseorang itu menghayati pembacaan Al-Quran dan memahami makna-maknanya.

Atas dasar inilah, maka menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan pendidikan Al-Quran kepada anak-anak supaya sentiasa terpelihara daripada segala gejala negatif dalam menjalani kehidupan seharian. Tanggungjawab ibu bapa di dalam menyediakan pendidikan kepada anak-anak bukan sahaja untuk kejayaan duniawi tetapi juga ukhrawi. Apa yang menjadi persoalan dalam perkara ini adalah, Adakah ibu bapa mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan mempunyai masa yang terluang untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Senario pada hari ini memperlihatkan bahawa kebanyakan ibu bapa adalah terdiri daripada mereka yang bekerja di mana sebahagian besar masa mereka dihabiskan di tempat kerja. Malahan ada di antara mereka yang mempunyai aktiviti-aktiviti lain selepas waktu kerja.

Faktor ini, samada secara langsung atau tidak langsung, ianya telah menyumbang kepada kurangnya masa terluang kepada anak-anak dari aspek-aspek tertentu seperti pendidikan dan pengajian Al-Quran, moral, psikologi dan sebagainya. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencari alternatif lain dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah Allah kepada mereka.

Hakikat ini telah mendorong saya untuk membuka sebuah pusat pendidikan tahfiz untuk kanak-kanak dan remaja bagi membantu meringankan beban dan tanggungjawab ibu bapa dalam menyediakan pendidikan kepada anak-anak mereka terutama di dalam bidang pengajian Al-Quran. Selain itu, usaha ini merupakan satu tanggungjawab saya sebagai seorang islam terhadap orang islam yang lain melalui penyebaran ilmu pengetahuan yang telah dikurniakan Allah kepada saya.

Ustaz Ishak Bin Abd. Rahim
Mudir
Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan