26 Feb 2014

SYARAT PENERIMAAN BELAJAR

Syarat Kemasukan & Yuran

Syarat – syarat permohonan memasuki Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan

 1.  Minat untuk belajar.
 2. Lulus temuduga kemasukan yang dijalankan oleh pihak Maahad.
 3. Bersedia untuk dididik dan menerima arahan.
 4. Patuh pada disiplin dan berakhlak mulia.
 5.  Sihat tubuh badan dan mental.
 6.  Tidak terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah ( dan juga tidak merokok ).
 7.  Mempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan.
 8.  Sedia bersusah payah untuk mendapatkan ilmu.

Pihak Maahad akan mengadakan sesi temuduga beberapa kali dalam setahun. Untuk maklumat 
lanjut sila hubungi pejabat Maahad atau rujuk pada taqwim Maahad untuk mendapatkan tarikh temuduga.

Dokumen yang perlu di bawa ketika memohon:
  • salinan kad pengenalan pemohon.
  • salinan kad pengenalan bapa/penjaga.
  • 2 keping gambar terbaru pemohon/pelajar - berukuran pasport.
  • Sijil – sijil yang berkaitan.

Pengakuan Ibu/Bapa Penjaga
  • Saya dengan ini menyerahkan anak jagaan saya untuk dididik oleh pihak Maahad dan berjanji akan mematuhi segala peraturan Maahad, bekerjasama dalam mendidik anak saya dan juga bersedia berbincang bila-bila masa diperlukan.
  • Saya juga memahami bahawa anak jagaan saya tertakluk kepada peraturan Maahad dan akan memastikan anak saya mematuhi segala peraturan sekolah. Saya juga berlapang dada sekiranya anak saya dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan Maahad. 
  • Saya di atas kapasiti saya sebagai ibubapa/penjaga/penaja pelajar tersebut di atas mengambil tanggungjawab untuk membayar yuran bulanan seperti yang ditetapkan Maahad.
  •  Saya membenarkan penggunaan rotan (tidak keterlaluan) ke atas anak saya dengan tujuan pengajaran.
  • Dengan ini saya bersetuju bahawasanya :
1.  Ibu bapa pelajar tidak boleh sama sekali mencampuri urusan pentadbiran Maahad. 
    Sebarang maklumbalas/pertanyaan/kemusykilan hendaklah di rujuk kepada Mudir terlebih dahulu.

2.  Pihak Maahad akan memberi yang terbaik sebagai langkah keselamatan pelajar, 
    tetapi TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecelakaan mental dan fizikal 
    yang menimpa ke atas pelajar sepanjang berada di dalam atau di luar Maahad.

3.  Permohonan cuti di waktu kelas akan di tolak sama sekali kecuali kes kematian atau 
    kemalangan.

4.  Permohonan cuti untuk kenduri kahwin,tahlil,aqiqah,bertunang dan sebagainya yang 
    mengganggu waktu kelas akan di tolak tanpa kompromi. Permintaan untuk balik awal 
    dalam cuti Maahad tanpa sebab yang munasabah akan di tolak.

5.  Ketetapan masa sangat di titikberatkan. Tindakan disiplin akan di ambil ke atas pelajar yang pulang lewat ke Maahad.

6.  Sebarang peralatan yang di jumpai pada pelajar (iaitu barang larangan ) akan di rampas. Terpulang sepenuhnya kepada pentadbiran Maahad untuk melakukan apa yang sepatutnya kepada barangan tersebut. Ibu bapa pelajar tiada hak lagi ke atas barangan tersebut.

7.  Pihak Maahad akan memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa pelajar jika terdapat 
    sebarang pembaharuan ke atas barang larangan.

YURAN PENDAFTARAN

Yuran pendaftaran boleh dirujuk pada borang kemasukan. Pembayaran harus di buat setelah pelajar di terima masuk ke Maahad.

YURAN BULANAN

Yuran bulanan adalah sebanyak  RM 300. Pembayaran harus di buat selewat-lewatnya 
sebelum 10hb setiap bulan atau terus ke akaun Maahad dan serahkan atau email kan slip pembayarannya.

Akaun 1 - Bank Islam Malaysia Berhad

Nama akaun : Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan

No. akaun : 12168010008227

Akaun 2 - Maybank Malaysia Berhad

Nama Akaun : Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan

No. Akaun: 562106623381


No comments:

Post a Comment