23 May 2016

MAKLUMAN CUTI PENGGAL KEDUA 2016

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..Ibubapa/penjaga yang dirahmati Allah...
Peringatan Cuti Penggal Kedua:
1. Cuti bermula pada hari Sabtu ( 28/5/16 ) - selepas Solat Zohor... Mohon ibubapa/penjaga menjemput pelajar-pelajar selepas solat Zohor, kerana sebelum zohor pelajar-pelajar ada program mengenai peperiksaan selepas cuti nanti.
2. Pelajar-pelajar diminta kembali semula ke Maahad pada 31/5/16 hari Selasa sebelum jam 10 malam. Kami melewatkan pelajar-pelajar masuk ke Maahad sehingga jam 10 malam kerana memikirkan kesulitan ibubapa/penjaga yang perlu menghantar pelajar-pelajar pada waktu petang. Bagi Ibubapa/penjaga yang hendak menghantar awal pada hari itu, tidak menjadi masalah kerana ada warden dan ustaz yang menjaga pada waktu tersebut.
3. Pada hari Rabu - ( 1/6/16 ) Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berjalan. Sila pastikan anak-anak jagaan tuan/puan mengulangkaji pelajaran di rumah.
4. Cuti penggal pada kali ini adalah singkat kerana terdapat program yang agak padat dan pihak Maahad akan menggantikannya pada cuti hari raya Aidilfitri nanti iaitu selama 15 hari.
Sekian dimaklumkan, semoga dapat memberi kerjasama dan kebaikan semua pihak.
Sekian , terima kasih.





10 May 2016

MAKLUMAN PROGRAM MENJELANG RAMADHAN 1437/1438H 2016M

Assalamualaikum w.b.t...
Penjaga yang dimuliakan Allah. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah...
Di sini ada sedikit pengumuman.
1. Pada 22/5/16 - Hari Ahad selepas solat Maghrib dan sebagai mengakhiri Rehlah Dakwah Habib di Malaysia pada kali ini. Pihak Maahad telah dipilih oleh Habib Soleh Al Attas Mursyid Ribat Fatah Furuk Dar Mustofa untuk menjadi tempat Majlis Maulid dan Tausiah Ramadhan.. Ibubapa/penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan meraikan tetamu. Mudah-mudahan Allah memudahkan perjalanan dan urusan pelajar-pelajar kita ke tempat Habib ini di Yaman nanti, Insyaallah. Semoga ibubapa/penjaga dapat meluangkan masa.
2. Pada malam 1 Ramadhan hingga 15 Ramadhan, Solat Terawih di Maahad..Insyaallah akan di pimpin oleh Sheikh Hassan Abd Ghani Abu Sittah dari Mesir yang juga merupakan Guru Sanad Al Quran. Pihak Maahad menjemput Sheikh kali ini supaya pelajar-pelajar dapat belajar dan mencontohi Sheikh dari sudut lagu dan tajwid. Sheikh juga bersetuju untuk menyemak AlFatehah dan AlQuran ibubapa/penjaga selepas Terawih. Rebutlah peluang ini dengan berjemaah di Maahad. Sekiranya ada ibubapa/penjaga yang ingin 'sponsor', Pihak Maahad boleh membuat Majlis Iftar bersama penjaga dan pelajar di Maahad.
3. Bersangkutan dengan perkara di atas, Pihak Maahad bercadang untuk memasang 'aircond' di surau supaya majlis tersebut dapat berjalan dengan lebih baik dan selesa. Oleh itu, Pihak Maahad memohon kepada ibubapa/penjaga yang berkemampuan untuk menginfak 'aircond' supaya dapat dipasang di surau sebelum 20/5/16. Secara kasarnya pihak Maahad memerlukan 5 biji 'aircond' 2 horse power untuk keseluruhan surau, kalau dapat 7 biji lagi baik. Bagi yang nak infak, boleh terus hubungi Mudir Ustaz Ishak segera. Betapa besar pahala bagi orang yang membantu memberi keselesaan untuk orang yang beribadah. Rebutlah peluang ini.
Sekian untuk kali ini. Mohon kemaafan dan terima kasih ..









GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA RAMADHAN 2016

Assalamualaikumwarahmatullah...
Ibubapa/penjaga yang dimuliakan Allah... Kami berdoa semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan keredhoannya...
Sedikit pengumuman...
Pada 15/5/16 Hari Ahad selepas Waktu Asar... MTAHWE akan mengadakan Gotong Royong Perdana bagi membersih dan menyusun atur kawasan Maahad agar menjadi lebih ceria dan berseri. Tujuannya adalah :
1. Untuk meraikan Al Habib Muhammad Soleh Al Attas yang akan hadir ke Maahad pada 22/5/16 nanti.
2. Untuk menunjukkan kegembiraan kita menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba pada 6/6/16 . Insyaallah.
3. Menceriakan kawasan Maahad agar pelajar akan dapat belajar dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
Kami pihak Maahad mohon ibubapa/penjaga agar dapat membawa bersama peralatan gotong-royong seperti berikut:
1. Cangkul.
2. Penyapu.
3. Penyapu lidi.
4. Vakum - mohon pinjam sekiranya ada dari ibubapa/penjaga.
5. Sumbangan bunga.
6. Tanah hitam.
Pihak Maahad juga memerlukan Mozek 2x2 untuk dapur dan ruang makan baru . Kalau ada yang mempunyai mozek lebih di rumah, bolehlah disumbangkan pada Pihak Maahad.
Sila respon kehadiran supaya Pihak Maahad boleh menyediakan sedikit juadah petang.
Sekian terima kasih atas sumbangan dan kerjasama.
Wassalam.

TAWARAN PELAJAR-PELAJAR MAAHAD KE YAMAN TAHUN 2016

Alhamdulillah...

Permohonan pihak Maahad untuk menghantar 5 orang pelajar Maahad telah diterima dan diluluskan oleh Ribat Fattah Yaman. Setiap pelajar memerlukan kos permulaan sebanyak RM10, 000 seorang. Kos adalah termasuk tambang, Visa, Yuran kemasukan, duit doman dan kitab. Pihak Maahad memohon kepada ibubapa/penjaga untuk sama-sama menyumbang bagi membantu serba sedikit keperluan pelajar-pelajar yang terpilih dan juga ibubapa/penjaga mereka bagi mengumpulkan dana ke sana. Kami dengan ini membuka Tabung Dana Pendidikan bagi membantu pelajar-pelajar tersebut ke Yaman. Tuan/puan boleh menyumbang mulai sekarang sekadar termampu. Satu hari nanti Allah akan ringankan beban kita, Insyaallah.

Surat penerimaan belajar oleh Ribbat Fattah. Alhamdulillah.

4 May 2016

SAMBUTAN MAJLIS ISRA' MIKHRAJ

Assalamualaikum w.b.t...

Tuan/puan/ibubapa/penjaga pelajar-pelajar yang dimuliakan Allah.. Kami berdoa semoga sentiasa berada di bawah rahmatNya...
Sedikit pemberitahuan dan peringatan...
Pada hari Ahad ( 8/5/16 ) jam 8.30 pagi.. Satu Majlis memperingati Isra' Mikhraj akan diadakan di Maahad...Penceramah jemputan adalah TG Baba Muhammad Adnan AlFathoni Al Azhari.. Semua ibubapa/penjaga dijemput hadir meramaikan majlis kerana selepas majlis, ibubapa/penjaga dibenarkan membawa pelajar-pelajar keluar 'outing' sehingga jam 7 malam...
Semoga semua ibubapa/penjaga dapat melapangkan masa... Terima kasih atas kerjasama yang diberikan...
Sekian, terima kasih.


PROGRAM MAAHAD DI MELAKA

1. Mengikuti Rehlah Dakwah bersama Habib Mohd Soleh Al Attas dari Ribbat Fattah - di Pondok Muttakin Paya Rumput Melaka.
2. Program Ziarah dan Dakwah di Pulau Besar Melaka.
















MAKLUMAN TERKINI MAAHAD - APR/MEI 2016

Assalamualaikum w.b.t..
Berikut adalah beberapa makluman tentang perjalanan Maahad yang terkini.
1. Semua pelajar Maahad telah menerima Sanad Fatehah dari Sheikh Sameh Bin Abdullah Bin Mahmud Hanafi AlAzhari tempoh hari kecuali bagi beberapa orang pelajar yang balik atas urusan tertentu...Sijil telah dikeluarkan sebagai pengesahan Sanad dari Sheikh Samer. Ibubapa/penjaga boleh mendapatkan sijil tersebut di pejabat Maahad.
2. Seramai 20 pelajar telah selesai pengajian kitab Tuhfatul Ithfal Bersanad yang disampaikan oleh Sheikh Sameh Al Misri dan layak menerima sijil tersebut. Ibubapa/penjaga bagi pelajar berkenaan boleh mendapatkan sijil di pejabat Maahad. Semoga segala ilmu yang disampaikan oleh Sheikh dapat diamalkan dan disampaikan. Insyaallah.
3. Alhamdulillah... Majlis penerimaan Ijazah Sanad Talaqi 30 juz Binnazhor oleh Sheikh Hassan dan Sheikh Samer telah dijalankan pada 3 Mei 2016/25 Rejab 1435H. Insyaallah, doakan semoga pihak Maahad mampu untuk menyampaikannya kepada pelajar-pelajar pula. Bacaan Talaqi Mushafahah 30 juz sempurna. Alhamdulillah.