22 Apr 2016

KALENDAR DAN TARIKH PUASA SUNAT DAN WAJIB 1437-1438H 2016M

Berikut adalah perkongsian tentang kalendar/jadual puasa wajib dan sunat 2016 untuk simpanan agar menjadi panduan pada kita untuk melakukan ibadah mulia ini. Ibadah puasa mengandungi faedah dan manfaat yang besar, malah selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, elok juga melakukan puasa sunat yang terdapat dalam sepanjang tahun hijrah.

Puasa Isnin dan Khamis - Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: " Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa" ( Hadis Tarmizi).

Puasa 3 hari setiap bulan - Sabda Nabi SAW, maksudnya: " Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas" ( Riwayat Tarmizi )

Sumber: http://www.panduanmalaysia.com/2015/04/kalendar-puasa-sunat-dan-wajib-2015.html


11 Apr 2016

PROGRAM TAUSIAH KELEBIHAN AL QURAN & TAHSINUL QURAN

Assalamualaikum w.b.t...
Ibubapa/penjaga yang dirahmati Allah...
Sempena awal bulan Rejab dan kemuliaannya, maka Pihak Maahad akan menganjurkan Program Tausiah Kelebihan Al Quran & Tahsinul Quran.
Tarikh: 10/4/16
Hari: Ahad
Masa: Selepas Solat Maghrib
Sheikh Jemputan:
1. Sheikh Sameh Bin Abdullah Bin Mahmud Hanafi AlAzhari
2. Sheikh Hasan Bin Abd Ghoni Abu Sittah AlAzhari
Sheikh tersebut adalah dari Mesir dan merupakan Imam dan pengajar Tahsinul Quran dari Kaherah.
Tentatif Program adalah
1. Tausiah kelebihan Al-Quran dan Tahsinul Quran
2. Pengijazahan Sanad Fatihah oleh Sheikh
Terima kasih kepada ibubapa/penjaga yang sudi hadir memeriahkan majlis...















TAKLIMAT DAN PENERANGAN HAL EHWAL MAAHAD APRIL 2016

Assalamualaikum w.b.t..
Untuk makluman dan peringatan kepada ibubapa dan penjaga..
Tarikh : 3/4/2016 
Hari: Ahad
Masa: 8.15 am
Pengisian :
1. Taklimat dan penerangan Hal Ehwal Maahad.
2. Demo Air Kangen - untuk tujuan mengisi tabung Maahad.
Untuk menggantikan masa 'outing' yang diambil untuk program ini maka pelajar-pelajar dibenarkan keluar dengan ibubapa/penjaga sehingga pukul 10.30 malam..
Terima kasih kepada ibubapa/penjaga yang hadir dalam majlis tersebut..