Assalamualaikum w.b.t...
Ibubapa/penjaga yang dimuliakan oleh Allah... Semoga sentiasa dalam naungan payung rahmatNya...
1. Maahad akan mula bercuti untuk penggal pertama selama 8 hari bermula pada 12/3/16 (Sabtu) jam 10.30 pagi sehingga 19/3/16 (Sabtu)...
Pelajar di minta melapor diri semula untuk penggal ke-2 pada hari Ahad 20/3/16 sebelum jam 6.30 petang...
Mohon kerjasama ibubapa/penjaga mengambil/menghantar pelajar-pelajar mengikut masa yang ditetapkan... Semoga kali ini tidak ada lagi kelewatan masuk dengan berbagai alasan. Sama-sama kita jaga disiplin waktu kerana orang yang untung dan berjaya adalah orang yang paling pandai mengurus waktu nya...

2. Seperti biasa, pelajar-pelajar mestilah mengisi buku rekod keluar masuk sebelum balik bercuti. Diingatkan para ibubapa/penjaga dikehendaki berjumpa dengan guru kelas masing-masing untuk berbincang sebelum mengisi rekod keluar masuk...
3. Pastikan juga pelajar-pelajar membawa balik Buku Tikrar untuk rekod ulang kaji pelajar di rumah. Sila pastikan pelajar-pelajar mengulang Al-Quran di rumah mengikut jadual Tikrar yang diberikan...
4. Pihak Maahad juga meminta bantuan ibubapa/penjaga (bagi yang mahu sahaja) supaya dapat menyebarkan sijil waqaf kepada rakan-rakan ... Kami berharap pembinaan dapat disiapkan mengikut jadual sekiranya dana dapat dikutip sepenuhnya...
Sekian dimaklumkan... Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Maahad... Terima kasih...Wassalam...