Assalamualaikum w.b.t..
Makluman kepada ibubapa/penjaga..
1. Cuti Hari Raya AidilAdha/Qurban adalah pada bermula dari 19/9/15.. Ibubapa/penjaga boleh menjemput pelajar-pelajar pada hari tersebut selepas Solat Asar..
2. Seperti kebiasaannya.. Majlis Taklimat akan diadakan selepas Solat Asar sebelum pelajar dibenarkan pulang bercuti. Mohon kepada ibubapa/penjaga untuk hadir atau sekurang-kurangnya menghantar wakil kerana Pihak Maahad akan memberikan taklimat tentang sistem 'target' yang sedang berjalan. Pelajar-pelajar yang tidak melepasi 'target' akan dikeluarkan. Mohon perhatian kepada ibubapa/penjaga.
3. Maahad juga ada beberapa perkara lagi yang akan dibawa pada masa taklimat tersebut..
4. Demi kelancaran pelajaran dan pembelajaran anak-anak .. Mohon lah kepada ibubapa/penjaga dapat meluangkan sedikit masa pada kali ini.. Janganlah menguzurkan diri.. Jika ibubapa melepaskan tanggungjawab mengajar sepenuhnya kepada guru-guru tanpa mahu terlibat.. Jangan salahkan Pihak Maahad jika pelajar lambat atau tidak berjaya mengkhatamkan Al-Quran..
Mohon maaf dan terima kasih...