Assalamualaikum w.b.t..
Pengumuman dan peringatan untuk ibubapa/penjaga ..
1. Pihak Maahad ingin menjemput semua ibubapa/penjaga dan keluarga ke Majlis Silaturrahmi Aidilfitri Maahad pada hari Ahad 2/8/15 bermula lepas zohor hingga 6 petang. Harapan Pihak Maahad semoga ibubapa/penjaga dapat menghadirkan diri ke majlis ini. Mohon komitmen pada aktiviti Maahad untuk memberi semangat kepada pelajar dan juga ustaz yang mengajar . Juga sebagai satu jalan untuk saling bersilaturrahmi sesama ibubapa/penjaga yang lain..
2. Oleh kerana pelajar-pelajar baru sahaja memulakan penggal selepas bercuti lama sempena cuti hari raya aidilfitri, maka 'outing' pada hari Ahad bulan Ogos dibatalkan.. apatah lagi pada tarikh 'outing' tersebut berlangsung majlis di Maahad.. Walaubagaimanapun sekiranya ada ibubapa/penjaga yang sangat perlu untuk membawa pelajar 'outing' bolehlah berjumpa dan berurusan dengan Mudir..
Sekian dimaklumkan dan terima kasih di atas perhatian tuan/puan..Mohon maaf atas kesilapan dan kesalahan..
Wassalam..