8 May 2015

KEM TAMRIN QIADI DAN MAKLUMAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015


Assalamualaikum ibubapa/penjaga yang di rahmati Allah..Berikut ada beberapa maklumat yang ingin dikongsi bersama..
1. Kem Tamrin Qiadi - Pihak Maahad terpaksa mengubah tarikh Kem pada 25/5/15 - 27/5/15 memandangkan selepas di buat survey , kekosongan tempat hanya pada tarikh tersebut.. Pihak Maahad telah memilih Pulau Pangkor sebagai lokasi Kem kali ini.. Dan oleh kerana jarak yang jauh maka pihak Maahad menambah hari menjadikan 3 hari 2 malam..Kem kali ini berbeza dari yang sebelumnya yang mana pihak Maahad lebih menitik-beratkan berkenaan ujian kepimpinan dan latihan dalam kumpulan bagi menanam sifat berdikari, mujahadah dan kepimpinan. Mudah-mudahan akan timbul sifat berlumba-lumba dalam pembelajaran.. Semangat untuk belajar akan menjadi tinggi dan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu..
2. Kos yuran untuk program ini adalah RM250 termasuk pengangkutan, feri, makan/ minum dan pakej Motivasi 3 hari 2 malam di sana ..
3. Mohon ibubapa/penjaga dapat menjelaskan yuran tersebut sebelum 15/5/15..Bagi yang mempunyai anak 2 orang atau lebih yang mengikuti pengajian di sini..bayaran boleh dibuat 2 kali atau 3 kali mengikut jumlah anak..Tetapi jika ingin membuat bayaran sekali gus adalah sangat di hargai..
4. Tarikh Peperiksaan Pertengahan Tahun akan di awalkan pada 18/5/15 hingga 22/5/15..
** Mohon kerjasama ibubapa semua dapat memberikan kebenaran kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti kem ini..Kerana ini adalah Program Wajib Tahunan Maahad.. Semua pelajar dimestikan untuk turut serta jika mereka warga Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan..Ibubapa di minta datang pada petang ahad ini(10/5/15) jika ada kelapangan atau bila-bila masa sebelum 15/5/15 bagi menandatangani borang keizinan mengikuti Kem..
Sekian terima kasih..Jika ada persoalan boleh menghubungi terus Mudir - Ustaz Ishak..










No comments:

Post a Comment