9 Feb 2015

MAKLUMAN PROGRAM RAMAH MESRA

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum w.b.t..

Untuk makluman ibubapa/penjaga - Makluman ke 2

Pada 14/2/15 ini jam 10 pagi - Tuan/Puam dijemput untuk hadir ke Maahad Tahfiz AlHidayah Wal Ehsan untuk turut serta dalam program ramah mesra ibubapa dan guru/ustaz.. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk:

1. Taklimat terkini berkaitan Maahad.
2. Perbincangan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar.
3. Majlis tahlil ( untuk arwah-arwah - ibubapa/penjaga boleh memberikan nama/nama melalui grup whattsapp Ikatan Ukhwah AlHidayah yang telah di buat oleh ustaz ishak ).
4. Bacaan Doa Selamat untuk pelajar-pelajar Maahad yang akan menyambung pelajaran di Yaman ( kepada dermawan yang ingin memberikan sumbangan boleh lah menghubungi ustaz ishak - 013 6201542 atau terus menyalurkan sumbangan anda ke akaun-akaun Maahad seperti yang tertera -
i). Bank Islam Malaysia Berhad
Nama akaun: Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan
No. akaun : 12168010008227.
ii). Maybank Malaysia Berhad
Nama Akaun: Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan
No. Akaun: 562106623381.

5. Demonstrasi air alkali.
6. Jamuan untuk ibubapa/penjaga (Tuan/puan di minta untuk memaklumkan kepada ustaz ishak berkenaan berapa jumlah kehadiran bagi setiap keluarga di dalam grup whatssapp tersebut ).

Semoga semua ibubapa/penjaga tidak menguzurkan diri demi kebaikan pelajar-pelajar. Berkorbanlah sedikit masa, harta dan tenaga untuk anak kita kerana anak kita adalah harta kita yang sangat bernilai bagi kita di dunia dan akhirat..
Apa yang kita beri, itulah yang akan kita perolehi. Berkorbanlah sebanyak mungkin untuk meraih manfaat yang tidak terhitung di sana nanti.. Wassalam..

إِن شأ اللهُ

No comments:

Post a Comment