23 Jan 2015

MAKLUMAN BERKAITAN PROGRAM FOKUS 40 HARI

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum w.b.t..

Untuk makluman ibubapa/penjaga..Pada 14/2/15 bersamaan hari Sabtu jam 10.00 pagi akan diadakan satu Majlis Perbincangan Dan Ramah Mesra di antara ibubapa/penjaga dan juga ustaz-ustaz /guru-guru..

Semua ibubapa/penjaga dikehendaki hadir atau setidak-tidaknya menghantar wakil .. Dan selepas Majlis tersebut selesai, ibubapa/penjaga boleh membawa pelajar-pelajar pulang ke rumah untuk jangkamasa 1 hari bertujuan untuk memberikan pelajar-pelajar rehat setelah menjalani 40 hari tanpa ziarah..

Pelajar-pelajar boleh memilih samada berehat di Maahad atau pulang ke rumah.. Dan bagi pelajar-pelajar yang pulang ke rumah, dikehendaki pulang semula ke Maahad Tahfiz pada 15/2/15 bersamaan hari Ahad sebelum jam 6.30 petang..Maklum..

إِن شأ اللهُ

21 Jan 2015

PROGRAM FOKUS 40 HARI

Program fokus 40 hari yang sedang berjalan ketika ini ( 9 Jan 15 - 15 Feb 15 ) adalah bertujuan untuk membiasakan diri pelajar dalam persekitaran hafazan Al-Quran tanpa gangguan, berdikari dan melatih pelajar untuk menyelesaikan masalah tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu dan ayah dan juga supaya selepas ini mudah-mudahan hati mereka lebih cekal dan lebih bersemangat untuk meneruskan hafazan..

 InsyaAllah




KATA-KATA ALUAN 2015

 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Al-Imam Al-Syafie berkata : " Apabila orang yang baru belajar terus maju ke hadapan (sehingga menjadi tokoh besar ), maka dia pasti terluput ilmu yang sangat banyak ".
Justeru, sama-sama kita belajar sesuatu ilmu dari asasnya supaya kelak tidak tersesat jalan, pandangan serta pegangan. Amin Ya Rabb..

Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz mengucapkan selamat kembali kepada pelajar - pelajar lama & selamat datang kepada pelajar - pelajar baru yang telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk menjadi hamalatul quran. Semoga Tahun 2015 memberikan lembaran baru kepada kita semua.

إِن شأ اللهُ