2 Feb 2017

MAJLIS TAKLIMAT & PENYEMPURNAAN PROGRAM 40 HARI AWAL PENGAJIAN

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Ibubapa/Penjaga yg dimuliakan Allah, semoga berada dibawah lembayung rahmat nya sentiasa.

Berikut adalah sedikit makluman untuk ibubapa/penjaga:

1.Majlis taklimat dan penyempurnaan program 40 awal pengajian

Tarikh: 18 Februari 2017
Hari : Sabtu 
Masa: 9.00 pagi 

Ibubapa/penjaga di minta untuk hadir di dalam program ini.

Selepas program ini tamat, ibubapa/penjaga boleh membawa pelajar-pelajar bercuti selama 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad.. Mohon menghantar kembali pelajar-pelajar pada hari Ahad sebelum jam 6.30 petang - (19 Februari 2017).

2. Selepas program 40 hari ini, jadual keluar masuk akan kembali seperti biasa iaitu:

1. Boleh ziarah setiap hari Ahad selepas waktu asar sehingga jam 6.30 petang.


2. Boleh 'Outing' setiap hari Ahad minggu pertama setiap bulan dari pukul 8.30 pagi sehingga 6.30 petang.


3. Cuti selama seminggu setiap 3 bulan sekali - ( jadual/takwim akan diberikan pada majlis nanti)

Sekian dimaklumkan. Semoga ibubapa/penjaga dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut dan dapat sama-sama berbincang demi kebaikan semua.

Sekian. Terima kasih..


TAYANGAN VIDEO SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

Tayangan video di waktu petang berkenaan filem Sultan Muhammad Al Fateh.. Dengan tujuan untuk menaikkan semangat pelajar-pelajar dan melepaskan tekanan ketika belajar.. Insyaallah...














15 Dec 2016

MAJLIS TAKLIMAT AKHIR TAHUN 2016

Assalamualaikumwarahmatullah 
Para Ibubapa/Penjaga yang dimuliakan Allah.. Kami doakan semoga sentiasa didalam lembayung rahmat dan maghfirahnya..

Disini ada beberapa perkara yg ingin kami maklumkan kepada ibubapa/penjaga.

1. MAJLIS TAKLIMAT AKHIR TAHUN DAN PERBINCANGAN PRESTASI PELAJAR antara IBUBAPA/PENJAGA DAN GURU KELAS serta PENYERAHAN KAD KEMAJUAN UNTUK TAHUN 2016

Kehadiran - Semua IBUBAPA/PENJAGA
Hari - Ahad
Tarikh - 18 Dis 2016
Masa - 8 pagi

Tentatif program

8.00 - Kehadiran tetamu.
8.10 - Bacaan yasin dan tahlil.
8..40 - Motivasi sempena Maulid untuk ibubapa/penjaga, guru dan pelajar.
9.40 - Persembahan Qasidah.
10.00 - Taklimat oleh Mudir.
10.45 - Penyampaian hadiah kepada juara kelas dan juara sukan.
11.15 - Persembahan nasyid oleh Juara Nasyid 2016 MTAHWE.
11.30 - Doa penutup dan diikuti oleh perbincangan penjaga dan guru kelas.
12.00 - Makan tengah hari dan bersurai.

2. Pihak Maahad akan melakukan penambahbaikan pada asrama pelajar.. Oleh itu kami memohon semua penjaga dapat membawa pulang semua barangan pelajar supaya tidak kotor, hilang atau rosak.. Sekiranya masih ada yg tinggal kami tidak dapat menjamin keselamatan barangan tersebut kerana kerja pembaikan ini melibatkan peralihan katil dan almari.

3. Ibubapa/penjaga di minta untuk mengemaskini borang pendaftaran dan membayar wang tahunan RM150 bagi menyatakan bahawa pelajar masih lg bercinta belajar disini.. Sewaktu pendaftaran masuk tahun hadapan kos pembayaran akan ditolak dengan wang tahunan.. Sekiranya pelajar tidak jadi masuk maka wang ini tidak akan dipulangkan.. Kami mohon maaf terpaksa berbuat demikian kerana kami tidak mahu peristiwa tahun lepas terjadi lagi dimana kami menolak permohonan pelajar baru kerana penuh. Tapi akhirnya pelajar lama berpindah tanpa memaklumkan kepada kami.. Sehingga menyulitkan pengurusan pihak maahad. Oleh itu untuk tahun ini bagi ibubapa/penjaga yg tidak membuat pembayaran wang tahunan dan mengisi borang kemaskini yang baru, pihak Maahad beranggapan pelajar tidak berminat untuk belajar disini lagi dan kami akan isi dengan pelajar baru.. Setakat ini seramai 70 orang telah ditemuduga untuk kemasukan tahun depan dan kami dah terima 40 orang.. Lagi 30 orang bergantung kepada pelajar lama...berapa ramai yang tidak mengisi borang baru.. Seramai itulah kami akan ambil pelajar baru..

Setakat ini saja maklumat yang dapat dikongsi.. Insyaallah kami akan maklumkan lagi jika ada lain-lain maklumat.. Sekian terima kasih.

26 Nov 2016

PEMBELIAN TANAH WAKAF DAN PEMBINAAN BANGUNAN BARU

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..
Dato-Dato, Tuan Puan dan Dermawan yg dirahmati allah.
Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan (MTAHWE) masih kekurangan dana bagi membayar harga tanah yg akan di beli disebelah sisi kanan maahad..
Kami mohon kerjasama semua tuan puan, untuk membantu Maahad bersama sama menjalankan Waqaf tunai bagi tujuan tersebut.
Setiap bahagian kaki tanah tersebut berharga RM 50.00..
Kad Waqaf telah ada dimaahad.. Mohon jasa baik tuan puan yg berhajat menyumbang boleh lah memasukkan ke akaun berikut:
MAAHAD TAHFIZ ALHIDAYAH WAL EHSAN
Bank Islam Malaysia Berhad
Nama akaun: Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan
No. akaun : 12168010008227
Maybank Malaysia Berhad
Nama Akaun: Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan
No. Akaun: 562106623381
BIMB
Nama Akaun: Maahad Tahfiz Al Hidayah Wal Ehsan
No Akaun: 12168010008227
Bagi yg ingin kan keratan resit mohon sertakan alamat dan no Tel kpd Mudir MTAHWE - Ustaz Ishak.
Maahad diberi tempoh sehingga bulan Disember 2016 untuk menjelaskan harga tanah tersebut.. Sekiranya gagal maka duit deposit RM12500 akan hilang.. Mohon kerjasama Tuan Puan yg Dermawan agar kami dapat menyediakan pusat pendidikan yang baik untuk keselesaan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz ini.. Sekian terima kasih.
Mudir MTAHWE,
USTAZ ISHAK.
013-6201542.





PENGAMBILAN BARU SESSI 2017

Pengambilan pelajar baru sesi 2017 dibuka sekarang.. Siapa yg berminat utk menghafal alquran dan belajar fardhu ain boleh lah datang untuk temuduga..
Temuduga dibuka sepanjang bulan November 2016. Sehingga tempat penuh.. Masa temuduga waktu pejabat..
Pengambilan adalah terhad..


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016

Assalamualaikum w.b.t...
Sekadar Makluman.. Hari ini pelajar-pelajar mula menjalani peperiksaan akhir tahun. Mohon ibubapa/penjaga doakan agar anak dapat menjawab dengan baik. Kalau ada kesalahan anak-anak, mohon ibubapa/penjaga ampunkan dan jangan disimpan di dalam hati agar mereka tenang dan dapat petunjuk untuk menjawab peperiksaan dengan jayanya. Sekian terima kasih.







PROGRAM IJAZAH KITAB SELAWAT

Majlis Ijazah Kitab Selawat Barkatu Almakiyah oleh Habib Abd Razak Al Makdum.